Lebah adalah wira kecil. Tahukah anda: Lebah madu bertanggungjawab bagi hampir satu pertiga daripada pendebungaan tanaman (pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, kacang dan minyak biji). Ia juga menghasilkan 6 produk sarang lebah iaitu debunga, madu, lilin lebah, jeli diraja, propolis dan racun. Ini semua dikumpul dan digunakan bagi tujuan pemakanan dan perubatan oleh manusia.
Bilangan lebah telah merosot di seluruh dunia sejak beberapa dekad kebelakangan ini disebabkan oleh kehilangan habitat, amalan pertanian intensif, perubahan dalam corak cuaca dan penggunaan bahan kimia pertanian yang berlebihan seperti racun makhluk perosak. Ini seterusnya menimbulkan ancaman kepada pelbagai tumbuhan yang penting kepada kesejahteraan dan mata pencarian manusia.
Serangga yang bekerja keras ini melakukan kerja yang menakjubkan untuk manusia dan alam semula jadi secara keseluruhannya. Marilah kita sama-sama membantunya untuk meneruskan kelangsungan kehidupan: Menanam lebih banyak bunga, pokok renek dan pokok; elakkan semburan bahan kimia pada tumbuhan dan di halaman; biarkan rumput tumbuh kerana ia akan memberi perlindungan kepada lebah dan pendebunga lain dan tempat untuk mencari makan.
Menyelamatkan lebah menyelamatkan dunia dan diri kita sendiri.
(Gambar melalui I Love Bees and Farmers’ Way)