Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menambah baik sistem kesihatan awam kita memandangkan ancaman daripada lima penyakit berjangkit (Covid-19, Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), Cacar Monyet, Influenza dan Marburg) yang kini melanda serta menjejaskan sebahagian besar daripada penduduk dunia. Malaysia juga turut tidak terlepas daripadanya memandangkan beberapa penyakit berjangkit itu turut terdapat di sini.
Penyakit berjangkit ini telah berada bersama kita selama bertahun-tahun. Kita telah mengenal pasti penyakit cacar sekurang-kurangnya selama 150 tahun dan morbiditi serta mobiliti yang berpunca daripada wabak ini telah menjadi satu malapetaka. Langkah kesihatan awam seperti sanitasi yang mencukupi serta vaksinasi telah hampir menghapuskan penyakit yang sangat berjangkit ini.
Walaupun penyakit berjangkit seperti Covid-19 akan bersama kita untuk satu jangka masa yang lama, tetapi pada akhirnya ia bukan untuk mencemaskan orang ramai tetapi untuk memaklumkan kepada mereka agar supaya terus berwaspada dan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi melindungi mereka daripada penyakit itu.
Dalam kes cacar monyet, walaupun tidak ada kes yang dilaporkan di negara ini, kita tidak seharusnya leka memandangkan terdapat satu pengajaran penting yang boleh kita pelajari daripada masyarakat dunia.
Dalam kes lima penyakit berjangkit yang mengancam negara kita, pihak berkuasa perlu mengambil langkah untuk membendung penyakit itu. Ini boleh dilakukan dengan menyediakan akses kepada langkah-langkah kebersihan kesihatan awam.
Kemajuan dalam kesihatan awam bukan hanya untuk memberikan tumpuan kepada wabak penyakit tetapi untuk membendung penyakit dalam hadnya. Ini boleh dilakukan dengan mengasingkan mereka yang dijangkiti penyakit untuk tempoh tertentu dan memastikan penyakit ini tidak berjangkit melalui hubungan rapat.
Memandangkan kepada situasi sekarang, CAP menggesa Kementerian Kesihatan untuk:
- Menyelenggara tandas awam supaya penularan penyakit bawaan air ini dapat dibendung.
- Memastikan terdapat kemudahan air yang mencukupi di kawasan awam untuk pengguna mencuci tangan mereka dengan kerap.
- Menyediakan sistem pelupusan yang mencukupi di tempat awam bagi pelupusan barang tercemar seperti topeng, sarung tangan dan kertas tisu.
- Mewujudkan kesedaran mengenai perubahan iklim yang akan kekal di sini.
- Mengadakan kempen bagi mewujudkan kesedaran untuk mengamalkan kebersihan yang betul dalam komuniti.
- Memastikan pengesanan penyakit dan menyediakan kemudahan untuk pengasingan bagi kes yang terlibat.
Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Surat Kepada Pengarang, 5 Ogos 2022
Sila hulurkan sumbangan anda di https://consumer.org.my/ms/make-a-donation-malay/