No products in the cart.

Kategori: Development BM

CAP: “Berapa Banyak Tersembunyi? Bayaran untuk Elit dalam Entiti Berkaitan Kerajaan (GLEs)”

Terdapat keperluan segera bagi ketelusan yang lebih besar dalam pendedahan pada peringkat amalan dan bayaran bagi pengarah entiti kaitan kerajaan (GLEs), demikian penekanan dalam buku baharu yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Buku, How Much is Hidden? Pay for Elites in Government Linked Entities, membuat gesaan ini pada ketika kebimbangan orang ramai berhubung prestasi...
Baca Lagi

Beri Tumpuan ke Kawasan dengan Internet Jalur Lebar yang Kurang Memuaskan – CAP

Pihak berkuasa baru-baru ini memberikan publisiti yang keterlaluan mengenai cubaan melancarkan 5G pada Oktober ini, sedangkan sebahagian besar pengguna masih bergelut dengan kelajuan yang perlahan dan masalah sambungan yang tidak menentu. Justeru, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar menangani masalah yang wujud di kawasan-kawasan yang menghadapi masalah Internet...
Baca Lagi

Keputusan Mahkamah Berhubung Projek Granito Mesti Disemak Semula

Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) menggesa Peguam Negara (AG) supaya menyemak semula dan menfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Pulau Pinang kelmarin, di mana jurutera perunding dan firma kejuruteraan yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah pada Oktober 2017 masing-masing dikenakan denda RM40,000. Menurut laporan media, jurutera perunding, Khoo Koon Tai,...
Baca Lagi

CAP Mengutuk Institusi Yang Menutup Mata Kepada Kemiskinan dan Gesaan RCI Disegerakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) gembira apabila Ahli Parlimen YB Lim Kit Siang menyokong gesaan CAP pada 3 September 2019 supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani skandal kemiskinan yang didedahkan oleh Pelapor Khas PBB berhubung kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Profesor Philip Alston. Sejak Profesor Alston mendedahkan kadar kemiskinan kita amat mengejutkan...
Baca Lagi

CAP Mengutuk Institusi Yang Menutup Mata Kepada Kemiskinan dan Gesaan RCI Disegerakan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) gembira apabila Ahli Parlimen YB Lim Kit Siang menyokong gesaan CAP pada 3 September 2019 supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani skandal kemiskinan yang didedahkan oleh Pelapor Khas PBB berhubung kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Profesor Philip Alston. Sejak Profesor Alston mendedahkan kadar kemiskinan kita amat mengejutkan...
Baca Lagi

Pemaju Jadikan Dasar Perumahan Kos Rendah Satu Sandiwara

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong sepenuhnya klausa pematuhan 30% yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap pemaju perumahan. Di bawah klausa ini, 30% daripada unit perumahan yang dibina oleh pemaju mestilah jenis kos rendah (RM42,000) dan kos sederhana rendah (RM72,500). Bagaimanapun, kerajaan negeri menyerahkan kepada pemaju untuk melakukan penjualan unit ini dan...
Baca Lagi

CAP Gesa Suruhajaya Siasatan Diraja Berhubung Skandal Kemiskinan Malaysia

Minggu lepas, pelapor khas PBB mengenai kemiskinan tegar dan hak asasi manusia, Philip Alston, mengumumkan bahawa Malaysia telah memalsukan ukuran kemiskinan dan kadar kemiskinannya lebih tinggi berbanding laporan rasmi. Di sebalik kadar kemiskinan rasmi 0.4%, kadar kemiskinan sebenar Malaysia adalah dianggarkan 15%. Ia bermaksud bahawa dasar kerajaan yang lepas tidak berkesan dalam menyampaikan...
Baca Lagi

SARANAN DARIPADA SURUHANJAYA SIASATAN NEGERI (SSN) BERHUBUNG KES GRANITO MESTILAH DITERJEMAHKAN KEPADA TINDAKAN OLEH AGENSI KERAJAAN

Saranan Suruhanjaya Siasatan Negeri (SSN) berhubung tragedi Granito di Tanjung Bungah yang membawa kepada 11 kematian pekerja pada 21 Oktober 2017, mestilah diterjemahkan dengan segera kepada tindakan dan dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan yang berkaitan. Ini perlu dilakukan dalam usaha untuk mencegah tragedi berkaitan pembangunan di lereng bukit dan kawasan berbukit pada masa depan, bukan...
Baca Lagi

Menangani Kepupusan Harimau

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan berita mengenai komitmen kerajaan untuk menangani masalah pemburuan haram dengan meningkatkan lagi sumber manusia melalui batalion khas yang ditugaskan untuk membantu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) dalam mengawal hutan negara. Bilangan harimau dianggarkan hanya tinggal kira-kira 250 ekor. Ini amat membimbangkan. Semua usaha di masa lalu...
Baca Lagi

Apa Yang Berlaku Dengan Parkir Pintar Pulau Pinang?

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), dan syarikat HeiTech Padu Bhd (HeiTech) bertanggungjawab kepada pembayar cukai di sebabkan oleh masalah yang dihadapi berhubung pemasangan sensor bernilai berjuta ringgit di 647 lot parkir Majlis di Pulau Pinang. Ia bukannya ‘kesilapan’ memandangkan daripada 647 sensor itu, hanya 30 (4.6%) sahaja yang dipasang....
Baca Lagi