HILANGKAN SAKIT BELAKANG

Jika anda sering mengalami sakit belakang, berjalan-jalanlah secara perlahan-lahan 5 kali seminggu dapat memperbaiki masalah itu, dan mengurangkan kemungkinan ia datang kembali.

Sakit pinggang yang tidak mempunyai punca yang jelas adalah penyakit biasa dan kira-kira 70% penghidapnya akan mengalaminya berulang dalam masa setahun tetapi berjalan secara biasa nampaknya merupakan penawar yang berkesan.

Penyelidik mendapati bahawa orang yang berjalan-jalan apabila mereka mengalami sakit belakang hampir dua kali ganda masa sebelum mereka mengalaminya lagi.

Dalam kajian mereka, penyelidik dari Universiti Macquarie di Sydney menguji manfaat berjalan-jalan secara santai pada sekumpulan sekitar 700 orang yang mengalami sakit pinggang yang tidak khusus; aktiviti berjalan selama 30 minit, 5 hari seminggu, dan selebihnya meneruskan kehidupan biasa mereka.

Para penyelidik mendapati secara purata, pejalan kaki bebas daripada sakit belakang selama 200 hari selepas itu manakala yang bukan berjalan kaki mengalami pengulangan dalam tempoh 112 hari.

Sumber: What Doctors Don’t Tell You