Aktiviti fizikal memberi banyak manfaat kepada tubuh badan dan mengurangkan insiden penyakit-penyakit kronik. Aktiviti fizikal dapat membantu seseorang membakar kalori bagi mencegah berat badan berlebihan.
Antara contoh aktiviti fizikal termasuklah berlari anak (jogging), berbasikal, lompat tali, mencuci kereta dan membuat kerja rumah.
Orang ramai disarankan melakukan aktiviti fizikal dengan kerap untuk meningkatkan kecergasan dan kesejahteraan keseluruhannya.
(Sumber: KKM)