KEBUN BANDAR – Keperluan Mendesak Abad Ini

Kebun bandar adalah keperluan mendesak abad ini. Dengan jaminan keselamatan dan keterjaminan makanan yang terancam oleh pertanian konvensional, ini adalah masa yang sesuai untuk pengguna mengusahakan pertanian mereka sendiri.

Setiap orang, tanpa mengira kerjaya, jantina, status ekonomi atau sosial, boleh mengambil bahagian dalam berkebun dan bercucuk tanam dan oleh itu turut menyumbang kepada penanaman makanan yang selamat. Pelbagai teknik berkebun secara semula jadi boleh disesuaikan mengikut ruang yang ada.

Kebun bandar memberikan kebebasan kepada keluarga untuk memilih makanan sendiri mengikut budaya dan keperluan ahli keluarga. Dengan cara itu, pengguna juga boleh menikmati makanan bebas toksin.

Pengguna juga boleh menyimpan benih tanaman mereka sendiri dan berkongsi benih itu dengan rakan-rakan mereka, dengan itu turut menyumbang kepada biodiversiti.

Petikan daripada “Agroekologi untuk Semua: Inisiatif di Malaysia”, penerbitan terbaharu CAP.

Agroecology Fund