Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menerima banyak aduan daripada peniaga dan pengguna di mana mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan gula putih.
Pada masa yang sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, dalam kenyataannya menyatakan jaminan bahawa bekalan gula negara mencukupi walaupun harga gula dan gas asli dunia meningkat.
Memandangkan krisis gula semakin teruk, KPDN perlu segera melancarkan operasi di seluruh negara terhadap penyorok dan pencatut kerana CAP percaya mereka memburukkan lagi krisis dengan menyekat bekalan komoditi itu ke pasaran.
CAP menyarankan agar Bahagian Penguatkuasa KPDN melakukan serbuan di seluruh negara bagi memaksa penyorok mengeluarkan stok gula mereka ke pasaran.
Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Kenyataan Akhbar, 26 Mei 2023