KENAPA KITA PERLUKAN BURUNG

Burung memainkan peranan penting dalam fungsi ekosistem dunia, dengan cara yang memberi kesan secara langsung terhadap kesihatan manusia, ekonomi dan pengeluaran makanan serta berjuta-juta spesies lain.

Burung mendebungakan tumbuhan, merupakan anggota pembersihan alam semula jadi, menyebarkan biji benih, memastikan terumbu karang hidup dan banyak lagi. Burung yang lebih kecil mungkin memakan biji benih dan kacang, menjatuhkan banyak daripadanya ke atas lantai hutan di mana makhluk di bawahnya boleh mengakses kepada nutrien ini. Burung lain juga turut menyebarkan nutrien di lautan. Najis burung kaya dengan nutrien seperti nitrogen, yang merupakan baja yang sangat baik untuk tumbuhan dan juga terumbu karang.

Sesetengah burung ini juga turut mengawal populasi serangga dan mencegah daripada menimpa tumbuhan dan pokok. Burung di seluruh dunia memakan 400-500 juta tan serangga setiap tahun di dalam taman, hutan, tanah ladang, dan juga bandar dan kota.

Yang lain pula memakan kulat yang kemudiannya menyebarkan ke seluruh hutan semasa terbang dalam mengembara. Pokok pula bergantung kepada rangkaian kulat untuk berkomunikasi antara satu sama lain, berkongsi sumber seperti makanan dan air, dan menghantar isyarat kecemasan jika terdapat serangan serangga.

Malangnya, spesies burung semakin berkurangan di seluruh dunia. Spesies burung di Anerika Syarikat (AS) dan Kanada, contohnya, telah menurun hampir 30% dalam tempoh 50 tahun yang lalu disebabkan oleh kehilangan habitat melalui pembandaran dan penggunaan semula tanah untuk pertanian.

Kita perlu menggalakkan kerajaan untuk melindungi hidupan liar seperti burung melalui dasar dan peraturan sebelum spesies penting hilang.

Baca lebih lanjut:
https://www.ecoredux.com/birds-are-important

https://www.birdlife.org/…/why-we-need-birds-far-more-than-they-need-us/