KITA PERLU UNDANG-UNDANG UNTUK HAPUSKAN PLUMBUM DALAM CAT

CAP menggesa Kerajaan supaya mengeluarkan piawaian bagi plumbum dalam cat selama hampir 30 tahun. Sehingga hari ini kami masih menemui plumbum dalam cat. Selama bertahun-tahun kami menguji dan mendapati plumbum hadir secara konsisten dalam cat yang dijual. (https://consumer.org.my/ms/cap-isytiharkan-undang-undang-untuk-menghapuskan-plumbum-dalam-cat/).

Cat berplumbum ialah sumber pendedahan yang berterusan kepada orang ramai dan ancaman kesihatan yang kritikal kepada kanak-kanak. Peraturan adalah tindakan paling berkesan untuk menghapuskan cat plumbum. CAP menggesa kerajaan Malaysia untuk mempercepatkan pengisytiharan dan penguatkuasaan undang-undang untuk menghapuskan plumbum dalam cat.

Tamatkan keracunan plumbum kanak-kanak. Lindungi kesihatan anak-anak kita dan kesihatan generasi akan datang.

#ilppw2023