Tema untuk Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) tahun ini ialah ‘Kita perlukan makanan, bukan tembakau’ amat berkaitan dengan Malaysia walaupun petani tembakau kini mula beralih kepada penanaman kenaf kira-kira sedekad lalu.
Industri tembakau kini memberikan tumpuan bagi mendorong nikotin yang amat menagihkan itu sebagai pengganti.
Sama ada seseorang itu menghisap rokok konvensional atau Sistem Penyampaian Nikotin Elektronik (ENDS), atau Produk Tembakau Dipanaskan (HTP), semuanya menagihkan dan berbahaya.
Pengguna perlu berhati-hati terhadap ketagihan sepanjang hayat dan seterusnya berisiko menghadapi penyakit tidak berjangkit kronik yang dikaitkan dengan tabiat itu.
Perokok mestilah berhenti merokok dan menyedut lebih daripada 7,000 bahan kimia, kebanyakannya amat toksik atau karsinogenik.
Di Malaysia, bilangan berganda (14%) remaja (13-17 tahun) menghisap vape berbanding merokok (6.2%).
Terdapat 17,000 perisa e-rokok yang boleh diperolehi melalui dalam talian yang menyasarkan kanak-kanak.
Kanak-kanak perlu memakan lebih banyak buahan segar, bukannya menghisap vape ENDS berperisa buahan.
Sehubungan itu, kami menggesa kerajaan supaya mempercepatkan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Generasi Penamat (GEG) dengan secepat mungkin.
Kanak-kanak kita memerlukan lebih banyak makanan.
Perokok mestilah merebut peluang ini untuk menghentikan tabiat merokok atau menghisap vape memandangkan keadaan ekonomi semasa di mana setiap ringgit dikira untuk memastikan makanan berada di atas meja.
Dengan ketidaktentuan dalam ekonomi global, pengguna mestilah mengamalkan sikap berhemat dalam belanjawan keluarga, dengan mengutamakan makanan bukannya produk tembakau yang berbahaya.
Sekotak rokok 20 batang berharga kira-kira RM17 dan menghisap dua kotak rokok rokok boleh membeli 10 kg beras, sebotol minyak masak 5 kg atau 2 kg paha ayam.
Seekor ayam seberat 2 kg berharga kira-kira RM20. Pembelian makanan akan memberi manfaat kepada seluruh ahli keluarga dengan menambah baik khasiat pemakanan dan kesihatan mereka.
Jika perokok menghentikan tabiat mereka ini, ia akan memberi manfaat kepada sebahagian besar mereka yang berada dalam Kumpulan Bawah 40 (B40) kerana kira-kira 40 peratus daripada mereka merokok berbanding 31 peratus daripada Kumpulan Pertengahan 40 (M40) dan 5 peratus daripada Kumpulan Tertinggi 20 (T20).
Anak-anak keluarga B40 lebih cenderung mengalami kekurangan zat makanan dan pertumbuhan terbantut kerana keluarga mereka kurang bernasib baik dari segi kewangan dan merokok memburukkan lagi keadaan.
Secara perbandingan rokok masih murah daripada kenaikan kos makanan pasca Covid.
Tiada kenaikan cukai ke atas tembakau sejak 2017.
Kira-kira 10 bilion puntung rokok diperbuat daripada plastik tidak terbiodegradasi (selulosa asetat) yang mengandungi tar dan koktel bahan kimia toksik dibuang dengan begitu sahaja dan berakhir di tapak pelupusan sampah atau sebagai bahan cemar alam sekitar.
Walaupun dikatakan bahawa kesuburan tanah bris yang rendah di Kelantan menjadi faktor yang mengehadkan untuk penanaman tanaman makanan, penyelidikan pada 2014 menunjukkan bahawa berkemungkinan untuk menghasilkan satu hingga tiga tan jagung kering sementara satu lagi kajian lain menunjukkan bahawa cili juga boleh ditanam.
Dalam erti kata lain, Kelantan dan Terengganu boleh mengusahakan tanaman makanan yang lumayan selain kenaf.
Mohideen Abdul Kader
Presiden
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Kenyataan Akhbar, 30 Mei 2023