KRIM PEMUTIH KECANTIKAN MOMILA DIHARAMKAN

Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan telah mengharamkan Krim Pemutih Kecantikan Momila, yang mengandungi merkuri yang boleh membahayakan kesihatan.

“Merkuri boleh diserap ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan kepada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau belum lahir, selain menyebabkan ruam, kerengsaan dan perubahan lain kepada kulit,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Baca lebih lanjut:
https://www.nst.com.my/news/nation/2022/08/825016/momila-whitening-cream-banned-containing-mercury