Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (2019) mendapati bahawa lelaki yang berumur 30 tahun ke bawah adalah 3 kali lebih tinggi berisiko untuk menghidapi penyakit darah tinggi berbanding wanita.
Penyakit kardiovaskular boleh dikesan dengan menjalani saringan kesihatan secara berkala. Pengesanan awal ini mampu mengawal dan merawat penyakit kardiovaskular dengan lebih efektif.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia