
Tolak Tebus Guna & Kitar Semula Toksik
Lindungi Persiaran Karpal Singh, satu pergerakan komuniti, yang membantah cadangan projek tebus guna 160 ekar (90 ekar tapak pelupusan sampah, 70 ekar tebus guna) di tapak pelupusan sampah Jelutong memanjang sehingga ke Persiaran Karpal Singh di Pulau Pinang.
Terdapat bukti saintifik bahawa projek pembangunan secara besar-besaran itu mengancam alam sekitar, kesihatan dan kualiti hidup kita, kata Lindungi Karpal yang ditubuhkan oleh kumpulan warganegara dan penduduk Pulau Pinang yang amat prihatin.
Kumpulan itu menyenaraikan ancaman berikut kepada komuniti daripada projek itu:
1. Krisis kesihatan awam dan alam sekitar selama 24 tahun
2. Kerosakan yang tidak dapat dipulihkan terhadap ekosistem marin
3. Kesesakan lalu lintas yang akan melumpuhkan komuniti
4. Penswastaan sumber awam bagi keuntungan persendirian
5. Risiko kesihatan yang teruk kepada beratus-ratus pelajar sekolah
6. Kemusnahan perniagaan tempatan dan nilai rekreasi
7. Pemadaman budaya dan sejarah yang ketara
Lindungi Karpal menggesa ahli komuniti, saintis, dan warganegara yang prihatin untuk memberikan sokongan dalam membantah projek ini. Satu petisyen secara dalam talian telah diwujudkan bagi orang awam untuk turut menyertai gesaan orang ramai untuk melindungi kesihatan dan memelihara alam sekitar pantai dan komuniti kita bagi generasi masa depan.
Klik di sini untuk membaca lebih lanjut dan menandatangani petisyen:
https://www.change.org/p/protect-middle-bank-reject-karpal-singh-drive-reclamation-project