LORONG BASIKAL PINTAR

Berbasikal adalah satu cara untuk mengekalkan jejak karbon seseorang yang rendah sambil mengekalkan bentuk badan. Di Poland yang mesra basikal, mereka menjadikan berbasikal lebih mesra alam dengan mencipta laluan basikal yang bercahaya di dalam gelap dengan dikuasakan oleh matahari.

Lorong bercas suria dipasang di bandar Lidzbark Warminski, Poland pada 2016. Jalur berbasikal biru bercahaya diperbuat daripada bahan sintetik dipanggil fosfor yang boleh bersinar sehingga 10 jam setelah dicas sepenuhnya oleh tenaga solar pada siang hari. Laluan basikal ini akan memancar sepanjang malam dan mengumpul semula cahaya pada hari berikutnya.

Lorong bercas solar ini bukan sahaja cantik, malah ia dicipta untuk tujuan yang lebih besar: keselamatan.

(Gambar melalui Amazing Facts)