Makan BUAHAN TULEN bukan JUS

Buahan perlu dimakan keseluruhannya (dan dengan kulitnya jika boleh) dan bukan jus, untuk manfaat kesihatan yang lebih baik. Inilah alasannya.

> Buahan perlu dimakan keseluruhannya (dan dengan kulitnya jika boleh) dan bukan jus, untuk manfaat kesihatan yang lebih baik. Inilah alasannya.

> Jus segar – walaupun ia sumber terbaik vitamin dan mineral semula jadi – KURANG SERAT, yang terdapat dalam buahan tulen. Serat menambah sejumlah besar najis (dan julap semula jadi yang ringan) dan juga memudahkan kadar penghantaran bahan melalui usus besar. Proses menyediakan jus mengurangkan kandungan serat. Contohnya, dalam jus epal, kira-kira 12-15 gram serat hilang berbanding buahan tulen.

> Jus buah TINGGI GULA – proses perahan memekatkan kemanisannya. Kajian yang dipetik dalam The Telegraph mendapati jus buah yang diperah segar boleh mengandungi kira-kira 5 sudu teh gula bagi setiap gelas. Kajian mendapati ini merupakan kira-kira dua pertiga jumlah yang didapati dalam setin soda dan boleh menyumbang kepada obesiti dan juga mengganggu paras gula darah dan metabolisme semula jadi tubuh. Juga didapati gula dalam bentuk cecair diserap dengan cepat, yang tidak baik bagi penghidap kencing manis. “Orang sering menggantikannya bagi buahan sebenar merupakan satu kesilapan. Jus buahan tinggi kandungan gulanya berbanding orang menyedari dan mereka cenderung untuk menggalakan meminum terlalu banyak gula,” kata Dr Hans Peter Kubis dari Universiti Bangor di North Wales.

> Memakan buahan tulen memberikan serat bermanfaat dan NUTRIEN DARIPADA KULIT yang memberikan kesihatan. Kulit adalah salah satu tempat di mana buah berinteraksi dengan cahaya matahari dan membentuk pelbagai pigmen berwarna. Pigmen ini termasuklah carotenoids dan flavonoids merupakan nutrien yang melindungi kesihatan dan memberikan khasiat kepada kita. Contohnya, kulit buahan tulen seperti anggur sebenarnya dikaji terhadap kemampuannya untuk membantu mengurangkan risiko kanser dan membantu menyediakan perlindungan daripada cahaya ultraviolet.

> Memakan buahan tulen juga boleh membantu MENGEKALKAN BERAT. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Appetite, apabila penyelidik melihat dengan memakan buahan dalam berbagai bentuk yang berbeza (jus epal, sos epal, epal tulen), versi jus paling buruk dalam hal peningkatan rasa kenyang. Memakan buahan tulen meningkatkan rasa kenyang dan mengurangkan bilangan kalori yang dimakan peserta kajian sehingga 15% dalam hidangan yang diikuti seterusnya.

PETIKAN daripada PANDUAN CAP: Makan Dengan Betul

Boleh didapati di sini: https://consumer.org.my/ms/product/makan-dengan-betul/