MAKAN NASI LEMAK DENGAN CARA YANG SIHAT

Siapa di sini gemar bersarapan dengan nasi lemak? Lebih-lebih lagi di hujung minggu ini, pasti seronok jika dapat makan nasi lemak bersama keluarga yang tersayang.

Nasi lemak tak bersalah dan bukanlah punca obesiti jika diambil dengan cara yang “sihat”. Kini anda boleh nikmati nasi lemak tanpa rasa bersalah dengan mengamalkan konsep Suku Suku Separuh.

Selain itu, kawal pengambilan lauk tambahan dan sebaiknya pilihlah jenis lauk yang rendah kalori dan kurang lemak. Jangan lupa juga untuk kawal kuantiti nasi dan sambal anda supaya tidak terlebih-lebih kalori yang diambil.

Sumber: Nutritionist KKM