
Makanan dengan warna hijau semula jadi adalah kaya dengan nutrien yang baik bagi kesihatan. Inilah sebabnya mengapa anda perlu makan lebih banyak warna alam semula jadi.
> RENDAH lemak. Sayuran berdaun hijau hampir tidak mengandungi lemak dan boleh membantu dalam menurunkan berat badan.
> TINGGI serat. Makanan hijau seperti brokoli, kubis, sayur-sayuran berdaun hijau dan kekacang adalah makanan yang kaya dengan kaya serat yang dapat membantu penghadaman dan menggalakkan saluran penghadaman yang sihat.
> MEMBANTU dalam pertumbuhan semula sel. Makanan hijau seperti kacang pis, kekacang dan asparagus sarat dengan asid folik, yang membantu tubuh kita dalam menghasilkan dan mengekalkan sel-sel baharu.
> BAIK untuk mata. Sayuran berdaun hijau gelap mengandungi fitokimia seperti lutein dan zeaxanthin yang dapat mengurangkan risiko katarak, dan kemerosotan makula yang merupakan punca utama kebutaan dalam kalangan warga emas.
> ANTIkanser. Quercetin adalah bioflavonoid yang terdapat dalam makanan hijau. Flavonoid ini mengandungi antioksidan dan mempunyai ciri antikanser yang unik.
> Mesra DIABETIS. Makanan hijau mempunyai GI yang rendah, dan oleh itu amat berguna untuk penghidap diabetes Jenis 2. GI (Indeks Glisemik) ialah ukuran makanan kaya karbohidrat dan kesannya terhadap paras gula dalam darah.
> BAIK untuk tulang dan otot. Makanan hijau adalah sumber utama zat besi dan kalsium. Ia membantu dalam mendapatkan tulang yang lebih kuat dan pengecutan otot.
> MENINGKATKAN imuniti. Memandangkan makanan hijau penuh dengan beta karotena yang boleh ditukar menjadi Vitamin A, pengambilan makanan hijau membantu dalam fungsi imun yang lebih baik.
– maklumat yang disunting daripada Times of India