Kesihatan yang baik bermula daripada sistem penghadaman yang sihat. Sistem penghadaman berfungsi untuk mencerna makanan sama ada dalam bentuk pepejal atau cecair.
Proses penghadaman yang baik membolehkan lebih banyak nutrien diserap dari makanan yang dimakan. Selain itu, penghadaman sihat juga mempengaruhi imuniti tubuh dan dapat mengeluarkan bahan buangan dengan efisien daripada tubuh.
Oleh itu, orang ramai perlu memastikan proses penghadaman berlaku dengan sempurna dengan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.
(Sumber: KKM)