MENGGALAKKAN TINDAKAN PENGGUNA BAGI PERALIHAN TENAGA YANG ADIL DI MALAYSIA

Inisiatif Penjimatan Tenaga di SekolahTerpilih di Pulau Pinang

– Laporan Projek CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dengan bangganya ingin berkongsi laporan projek “Menggalakkan Tindakan Pengguna Bagi Peralihan Tenaga Yang Adil Di Malaysia” di sekolah. Projek ini secara amnya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna dan komuniti sekolah tentang kepentingan penjimatan tenaga dan kecekapan tenaga dalam menangani perubahan iklim, serta mengambil tindakan untuk mengurangkan penggunaan tenaga.

Projek ini telah dijalankan dari 1 September 2023 sehingga 31 Ogos 2024. Sebanyak 10 buah sekolah, yang terdiri daripada sekolah rendah dan menengah di negeri Pulau Pinang, serta sebuah pertubuhan masyarakat sivil, telah mengambil bahagian dalam projek ini. Sepanjang projek ini, kami telah mengadakan program kesedaran dan perbincangan mengenai penjimatan tenaga dengan guru-guru dan pelajar. Selain itu, kami juga telah menganjurkan dua bengkel berkenaan penjimatan tenaga dan iklim yang melibatkan guru-guru.

Kami gembira untuk melaporkan bahawa beberapa sekolah berjaya mengurangkan penggunaan tenaga elektrik mereka. Ini membuktikan bahawa perubahan kecil boleh membawa kepada hasil yang signifikan! Inisiatif ini telah memupuk tabiat kepekaan terhadap tenaga dan menunjukkan bagaimana pengurangan bil elektrik boleh dicapai sambil melindungi alam sekitar.

Baca laporan penuh di sini dan sertai kami dalam membuat perubahan! Bersama-sama, kita boleh mencipta masa depan yang lebih hijau dan mampan.

https://consumer.org.my/wp-content/uploads/2024/09/BM_Energy-Saving-in-schools-for-website.pdf