OKSIMETER NADI MUNGKIN KURANG TEPAT

Sepanjang dua tahun yang lalu, oksimeter nadi (pulse oximeter) telah menjadi alat penting untuk mengesan kesihatan pesakit COVID-19.

Peranti kecil ini diklipkan pada jari dan untuk mengukur jumlah oksigen dalam darah pesakit. Tetapi bukti yang semakin meningkat menunjukkan peranti ini mungkin tidak tepat apabila mengukur tahap oksigen pada orang yang mempunyai warna kulit gelap.

Satu kajian baru-baru ini telah menambahkan lagi kebimbangan ini.

“Kami tertipu oleh oksimeter nadi ini,” kata pengarang utama kajian itu, Dr Leo Anthony Celi, yang merupakan pengarah penyelidikan klinikal dan saintis penyelidikan utama di Makmal Fisiologi Pengiraan MIT.

“Kami diberi tanggapan palsu bahawa pesakit semua baik-baik sahaja. Dan apa yang kami tunjukkan dalam kajian ini ialah kami memberi mereka oksigen yang kurang berbanding apa  yang mereka perlukan,” katanya.

Baca lebih lanjut di:
https://www.npr.org/…/when-it-comes-to-darker-skin…