PENJIMATAN & KECEKAPAN TENAGA

Pengetua SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad, Encik Shabri bin Mohamed (2 dari kiri) dan guru Puan Law Yee Chen (kiri sekali) dengan lencana yang diterima daripada Pegawai CAP, Theeban Gunasekaran dan Saraswathi Odian.

CAP Cipta Lencana “Pemantau Tenaga” bagi Aktiviti Tindakan Iklim Sekolah

Projek penjimatan dan kecekapan tenaga CAP kini bermula secara langsung di sekolah. Kami  menyediakan lencana “Pemantau Tenaga” bagi sekolah untuk diberikan kepada ketua kelas yang bertanggungjawab menyelia aktiviti penjimatan elektrik di sekolah mereka.

Guru Chitradevi Govendasamy dari SJKT Subramaniya Barathee menerima lencana daripada Pegawai CAP, Theeban Gunasekaran.

Baru-baru ini kami menyerahkan lencana itu kepada dua sekolah iaitu SMK Datuk Haji Mohd Nor Ahmad dan SJKT Subramaniya Barathee in Gelugor, Pulau Pinang. Di bawah projek itu setiap bilik darjah akan mempunyai Pemantau Tenaga yang dipilih oleh guru. Pemantau ini akan memakai lencana khas yang mengenal pasti mereka sebagai Pengawas Tenaga (Pemantau Tenaga). Peranan mereka adalah untuk memantau tindakan penjimatan tenaga bilik darjah mereka.

Satu langkah kecil yang memberi kesan oleh CAP bagi lonjakan penjimatan tenaga yang besar oleh sekolah ke arah kemampanan. Bersama-sama kita boleh merealisasikannya!