Purata air botol plastik mengandungi 240,000 zarah nanoplastik

Satu kajian baharu mendapati purata liter air botol mengandungi hampir suku juta kepingan nanoplastik yang tidak kelihatan. Gambar: Alamy

Menurut penyelidikan baharu, purata air botol plastik mengandungi ratusan ribu zarah kecil plastik, jauh lebih banyak daripada apa yang difikirkan sebelum ini.

Satu pasukan saintis Amerika Syarikat (AS) menemui purata 240,000 zarah kecil nanoplastik dalam setiap liter air botol yang mereka uji.

Air paip mengandungi purata 5.5 zarah seliter.

Nanoplastik yang ditemui oleh kajian ini jauh lebih kecil daripada mikroplastik yang dikesan sebelum ini di dalam air botol, dan saintis bimbang zarah yang lebih kecil boleh terkumpul dalam organ penting manusia dengan implikasi yang tidak diketahui bagi kesihatan.

Satu jenis nanopartikel yang biasa ditemui ialah polietilena tereftalat atau PET.

Pengarang bersama kajian Profesor Beizhan Yan, seorang ahli kimia alam sekitar di Columbia berkata: “Ini tidak menghairankan, kerana itulah yang diperbuat daripada banyak botol air.

“PET juga digunakan untuk soda dalam botol, minuman sukan, dan produk seperti sos tomato dan mayonis.

“Ia mungkin masuk ke dalam air apabila serpihan mengelupas ketika botol diperah atau terdedah kepada haba.”

Plastik biasa lain yang ditemui termasuklah polistirena, polivinil klorida (PVC), dan polimetil metakrilat, yang kesemuanya digunakan dalam pelbagai proses perindustrian.

Para penyelidik melihat terhadap tiga jenama air botol AS yang tidak dinamakan dan menemui puluhan hingga ratusan kali lebih zarah nanoplastik daripada mikroplastik.

Mereka mengira antara 110,000 dan 370,000 zarah seliter.

Profesor Yan berkata: “Saya akan elakkan air botol.”

Sumber: Leading Britain’s Conversation (9 Januari 2024)