Langkah pertama seumpamanya adalah sebahagian daripada peraturan tembakau baharu yang menyeluruh untuk mengetatkan kawalan ke atas industri.
Rokok di Kanada kini membawa amaran seperti “racun dalam setiap sedutan” dan “rokok menyebabkan mati pucuk” dalam apa yang kerajaan katakan sebagai usaha “hampir mustahil untuk mengelakkan amaran kesihatan sama sekali”.
Langkah itu adalah yang terbaharu dalam siri panjang langkah untuk membendung merokok daripada kerajaan Kanada.
Kanada ialah negara pertama di dunia yang mewajibkan pembuat rokok meletakkan amaran bergambar pada bungkusan rokok pada 2001. Larangan merokok di dalam rumah diikuti lewat dekad itu.
Penyelidikan mencadangkan bahawa amaran perlu diingatkan secara berkala dengan imej dan teks baharu sebagai cara yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesan kesihatan dalam kalangan perokok.
Peraturan baharu yang berkuat kuasa pada 1 Ogos ini dikenali sebagai Peraturan Penampilan, Pembungkusan dan Pelabelan Produk Tembakau (TPAPLR) yang bermakna mesej amaran akan berubah setiap dua hingga tiga tahun, bergantung pada produk.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Paru-paru Kanada, Terry Dean mengalu-alukan langkah baharu itu dengan menggelar amaran rokok sebagai “agak unik dan baharu”.
TPAPLR juga cuba untuk menyeragamkan saiz pakej amaran kesihatan yang kini mesti mengambil sekurang-kurangnya 75% daripada kawasan paparan bungkusan rokok.
Annie Papageorgiou, Pengarah Eksekutif Majlis Quebec mengenai Tembakau dan Kesihatan, berkata sudah lebih 10 tahun sejak imej itu diubah pada kali terakhir.
Papageorgiou dan Dean berkata mereka ingin melihat lebih banyak peraturan mengenai vape dan kenaikan cukai tembakau bergerak ke hadapan, serta yuran pemulihan kos yang dikenakan ke atas syarikat tembakau.
“Kami masih mempunyai terlalu ramai perokok di Quebec di mana terlalu ramai orang yang mati akibat penggunaan tembakau. Kami dengan senang hati akan mengambil apa sahaja yang boleh kami lakukan untuk melindungi perokok sekali-sekala, perokok baharu dan belia,” katanya.
Kerajaan berkata peraturan baharu ini membawa negara selaras dengan Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengenai Kawalan Tembakau.
Sumber: The Guardian (1 Ogos 2023)