SENAMAN UBAT TERBAIK

Duduk kurang 1 jam setiap hari dan meningkatkan aktiviti fizikal ringan boleh membantu mencegah diabetes Jenis 2 dan penyakit kardiovaskular dalam masa hanya 3 bulan sahaja. Inilah yang ditemui oleh kajian baharu dalam Journal of Science and Medicine in Sports.

Sains telah berulang kali menunjukkan bahawa senaman boleh merawat dan mencegah banyak penyakit yang melumpuhkan, malah yang membawa maut. Beberapa contoh: penyakit jantung, kanser, strok, tekanan darah tinggi, penyakit pulmonari obstruktif kronik dan osteoporosis.

Tinjauan Consumer Reports terhadap lebih 46,000 orang mendapati senaman hampir sama berkesan, dan kadangkala lebih berkesan, daripada ubat preskripsi untuk masalah perubatan biasa.

Senaman juga telah terbukti menyumbang ke arah daya tahan terhadap kesan paling serius COVID-19, termasuk kematian. Kajian terbaharu dalam British Journal of Sports Medicine mendapati bahawa sebarang bentuk aktiviti fizikal yang kerap, walaupun kurang daripada 2½ jam seminggu, boleh melindungi daripada kesan COVID-19 yang teruk.

Senaman yang kerap memberi manfaat kepada sistem imun dengan mengurangkan keradangan, menggerakkan sel darah putih untuk melawan jangkitan, dan meningkatkan keupayaan badan untuk mengenali patogen berbahaya yang menyebabkan penyakit.

Ia meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan imej diri; meningkatkan mood; mengurangkan tekanan; meningkatkan penampilan; meningkatkan tenaga; dan merangsang pemikiran kreatif.

Senaman ialah “pil ajaib” yang patut anda ambil setiap hari!

Segala-galanya yang perlu anda ketahui mengenai cara Senaman Menyembuhkan Penyakit A-Z – lihat buku CAP yang bermaklumat ini:

https://consumer.org.my/ms/product/senaman-sebagai-ubat-2/

Sila hulurkan sumbangan anda di https://consumer.org.my/ms/make-a-donation-malay/