TANAM TANAMAN MAKANAN SENDIRI YANG MENYIHATKAN

Gambar melalui Deep Roots Project

Menanam tanaman makanan sendiri sangat menggembirakan. Menyemai benih, menjaganya sehingga menjadi anak benih, menyiram dan membaja sehingga tumbuh menjadi tanaman, kemudian memetik hasilnya yang segar untuk dimasak dan dimakan, dan berkongsi dengan orang lain boleh membawa banyak kepuasan dan kegembiraan.

Berkebun tanaman makanan dapat menjimatkan wang untuk belanja barangan runcit, menghubungkan anda dengan alam semula jadi dan baik untuk alam sekitar.

Tahukah anda: Berkebun juga memastikan anda sihat. Berkebun meningkatkan mood dan merendahkan tahap tekanan; meningkatkan sistem imun; membantu membakar kalori; menurunkan tekanan darah; melindungi otak, dan banyak lagi.

“Berkebun adalah baik bagi kesihatan secara keseluruhan dalam banyak cara,” kata Sharon Palmer, RD, pakar makanan dan pemakanan berasaskan tumbuhan dan Pengarang The Plant-Powered Diet, Plant-Powered for Life.

“Pertama sekali, ia adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang menyumbang kepada tahap kecergasan fizikal secara keseluruhan. Kedua, ia boleh meningkatkan hormon yang meningkatkan mood. Kajian menunjukkan berkebun boleh meningkatkan pembebasan serotonin, yang mempunyai kesan antikemurungan, sementara mengurangkan tahap hormon stres kortisol.

“Ketiga, ia boleh meningkatkan pendedahan kepada paras Vitamin D yang menggalakkan kesihatan yang kita peroleh daripada matahari. Keempat, kajian menunjukkan apabila  berkebun, anda meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sihat. (seperti yang dipetik dalam Food Network’s Healthy Eats).

Mulakan kebun tanaman makanan dan tuai manfaat kesihatan!