WABAK PLASTIK MERACUNI KITA

Gambar dan petikan yang disunting daripada Yahoo! News

Banyak benda di sekeliling kita diperbuat daripada plastik. Plastik mungkin mudah, tetapi ia menimbulkan bahaya besar.

> Bahan kimia daripada plastik dikaitkan dengan gangguan endokrin, penambahan berat badan, rintangan insulin, penurunan kesihatan reproduktif dan kanser.

> Satu kajian menunjukkan manusia menyedut dan menelan mikroplastik melalui makanan laut, air, bir, dan juga garam. Purata orang dewasa mengambil kira-kira 2,000 mikroplastik setiap tahun melalui garam sahaja.

> Plastik mencemarkan alam sekitar dan mengancam hidupan liar, membunuh berjuta-juta haiwan setiap tahun, termasuk burung dan ikan. Makhluk itu kadangkala termakan atau terjerat dalam benda seperti beg plastik dan cincin pembungkus yang digunakan untuk tin soda dan bir.

Ahli biologi marin yang pertama kali mencipta istilah “mikroplastik” hampir 2 dekad yang lalu baru-baru ini mengeluarkan amaran yang menakutkan: Kita perlu mengubah cara kita jika kita ingin menyelesaikan masalah pencemaran plastik. Banyak penyelesaian kepada wabak plastik ini terletak kepada tahap pengeluaran. Oleh sebab itu, adalah penting untuk mengekang penciptaan plastik sekali guna, kata Richard Thompson.

Apa yang boleh anda lakukan: Gunakan barang bebas plastik yang boleh diguna semula (contoh: pencukur logam, botol air tahan lama, syampu ketul, mesin basuh pinggan mangkuk/pod dobi boleh larut dan beg sandwic bukan plastik), ini juga boleh menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang.