No products in the cart.

Bulan: Mac 2021

Negara Maju Tidak Patut Eksport Sisa

Sahabat Alam Malaysia (SAM) memuji Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) kerana begitu teliti dalam memeriksa penghantaran yang disyaki sisa plastik dari Amerika Syarikat. Walaupun begitu, negara pengeksport khususnya negara maju seperti Amerika Syarikat tidak sepatutnya mengeksport sisa, bertanggungjawab terhadap sisa mereka sendiri dan kitar semula sisa yang dijana di negara mereka...
Baca Lagi

AKTIVITI PENCEROBOHAN BOT PUKAT TUNDA JEJAS PENDAPATAN 500 NELAYAN PANTAI PULAU BETONG DAN GERTAK SANGGUL

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil tindakan lebih berkesan bagi mencegah aktiviti pencerobohan bot pukat tunda yang dihadapi oleh lebih 500 nelayan pantai di Pulau Betong dan Gertak Sanggul, Pulau Pinang ketika ini. Masalah yang berlarutan sejak 40 tahun yang lalu itu masih berlaku walau pun sudah banyak...
Baca Lagi

Akhiri Insiden Tragik di Projek Lebuh Raya SUKE

Satu lagi insiden tragik berlaku di projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE). Tiga pekerja pembinaan mati dan pengguna jalan raya cedera apabila kren gantri terbalik dan jatuh ke bawah. Perlu diingatkan bahawa hanya tiga minggu yang lepas sebahagian lebuh raya SUKE yang masih dalam pembinaan runtuh dan membunuh dua orang disebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan...
Baca Lagi

CAP GESA PENCEMARAN SISA LUMPUR DI KUALA JURU DITANGANI SEGERA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang menyiasat dan mengambil tindakan segera punca kejadian pencemaran sisa lumpur yang mengancam projek ternakan kerang di Kuala Juru daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini. Tinjauan CAP mendapati pencemaran tersebut telah menyebabkan 15 pengusaha...
Baca Lagi

Pengguna Malaysia juga berhak mendapat telur yang selamat dimakan – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan  ke atas semua ladang ternakan ayam bagi mengesan pencemaran bakteria salmonella. Langkah ini perlu diambil berikutan tindakan kali kedua Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik bekalan telur yang diimport dari Malaysia setelah mengesan bakteria salmonella enteritidis(SE) di dalamnya, kali ini dari...
Baca Lagi

Jangan ambil mudah perlindungan kawasan berhutan

Sempena Hari Hutan Antarabangsa pada 21 Mac, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar semua pihak berkuasa negeri di Malaysia meningkatkan komitmen melindungi dan memulih hutan untuk memastikan kemandirian kesemua hidupan, memulihara biodiversiti dan menangani perubahan iklim. Kawasan berhutan di Malaysia boleh dikelaskan kepada beberapa buah kategori dan sub-kategori, berdasarkan perlindungan...
Baca Lagi

Sempena Hari Air Sedunia: CAP BIMBANG SUMBER AIR NEGARA SEMAKIN TERJEJAS

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan kerajaan-kerajaan negeri mempertingkatkan usaha serta menambah baik pengurusan air bagi keperluan rakyat di negara ini. Pada masa yang sama CAP turut menyeru orang ramai supaya menghargai air dalam kehidupan mereka dengan mengamalkan sikap berjimat cermat tanpa melakukan pembaziran. Sempena Hari Air...
Baca Lagi

Pilih Model yang Sesuai untuk KTMB dan Tingkatkan Perkhidmatan – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mempertingkatkan perkhidmatannya bagi membolehkan rakyat menggunakan pengangkutan awam yang selamat, boleh dipercayai dan mampu dinaiki, bagi perjalanan antara bandar dan berulang alik setiap hari. Ini akan membantu lebih ramai penumpang bertukar  dari kaedah pengangkutan sedia ada yang terlalu banyak...
Baca Lagi

Perdagangan hidupan liar memupuskan dengan cepat biodiversiti Malaysia

Laporan terbaharu mengenai kegiatan menjebak dan menyeludup burung murai kampung (Oriental Magpie-Robin) cuma sebahagian kecil daripada masalah yang ada. Hampir 27,000 murai kampung telah dirampas dalam cuma 44 kes antara 2015-2020 dan Malaysia telah terlibat dalam perdagangan burung ini. Anehnya, murai kampung tidak dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar di Semenanjung Malaysia dan...
Baca Lagi

TANGANI SEGERA MASALAH BEKALAN AIR UNTUK PENDUDUK BALING – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa kesal berikutan kejadian masalah bekalan air paip yang masih dihadapi oleh 15,000 penduduk luar bandar di daerah Baling, Kedah ketika ini. Walau pun masalah tersebut sudah berlarutan sejak 10 tahun yang lalu namun ia masih tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan negeri ini. Mengulas laporan akhbar  Utusan Malaysia - 15 Mac 2021, CAP...
Baca Lagi