
Kami, yang terdiri daripada gabungan pertubuhan dan kumpulan petani, pengguna, serta alam sekitar Malaysia, dengan ini menyatakan bantahan terhadap permohonan oleh Zen Cropscience Sdn. Bhd. untuk pelepasan padi diubahsuai secara genetik (GM) varieti MR219 di tapak ujian lapangan terkawal di Kampung Kepayang, Perak.
Bantahan rasmi ini telah kami kemukakan kepada Ketua Pengarah Jabatan Biokeselamatan pada 7 Ogos 2026 melalui laman web Unified Pubic Consultation (UPC). Kami mendapati bahawa permohonan ini adalah sama dengan permohonan ujian lapangan GMO MR219 pada tahun 2019 di Tambun Tulang, Perlis, dan kami ingin mengulangi fakta bantahan kami yang masih kekal relevan.
Padi varieti MR219 sedia ada ini telah diubah suai secara genetik untuk kerintangan terhadap herbisid glifosat, di samping kerentanan terhadap patogen bakteria dan agen kulat. Kami amat bimbang dengan risiko pencemaran genetik padi konvensional dan padi liar apabila ia ditanam di lapangan. Pada masa ini, Akta Biokeselamatan Malaysia 2007 tidak menyediakan perlindungan berkanun atau undang-undang liabiliti dan ganti rugi yang mencukupi untuk petani sekiranya berlaku kerosakan ekonomi akibat pencemaran GM ke dalam ladang milik petani. Beban kewangan akan jatuh sepenuhnya ke atas bahu petani yang menjadi mangsa.
Pengubahsuaian padi MR219 untuk toleransi glifosat pasti akan menggalakkan penggunaan bahan agrokimia tersebut. Tumbuhan ini tidak memecahkan glifosat, sebaliknya menyerapnya ke dalam tisu. Akhirnya, sisa toksik ini akan kekal dalam tanaman yang dituai dan memasuki bekalan makanan ruji kita. Lembaran fakta yang dikongsikan oleh Jabatan Biokeselamatan juga mengakui bahawa data toksikologi akut untuk beras GM ini masih belum tersedia.
Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) telah secara jelas menolak padi GM MR219 ini sejak 2019. Petani telah pun mengalami kegagalan dengan strategi toleransi herbisid yang serupa sebelum ini, seperti varieti Clearfield (Padi Kebal), di mana rumpai cepat mengadaptasi ketahanan terhadap herbisid dan akhirnya petani terpaksa menggunakan dos racun yang semakin tinggi sehingga meningkatkan kos dan merosakkan kesuburan tanah.
Glifosat memberi kesan negatif kepada mikroorganisma tanah yang penting dan merosakkan biodiversiti ekosistem padi dengan teruk. Sekiranya berlaku insiden pencemaran, ia boleh memusnahkan pengeluaran organik tempatan dan pasaran eksport yang berpotensi, seperti yang pernah berlaku di China pada tahun 2008 yang menyebabkan pasaran Eropah menolak beras yang dieksport dari China.
Kami tegaskan bahawa terdapat alternatif praktikal yang terbukti selamat untuk mengawal rumpai dan penyakit, seperti Sistem Pengintensifan Padi (SRI) dan kaedah alternatif serta konvensional lain tanpa bergantung pada pengubahsuaian genetik.
Walaupun permohonan ini adalah untuk ujian kawalan lapangan, kami berpendapat bahawa penyelidikan ini perlu dibatalkan. Gen organisma diubah suai secara genetik tidak boleh dikawal, dibendung, atau ditarik balik. Setelah dilepaskan ke alam sekitar, gen tersebut boleh kekal wujud dan membiak melalui pendebungaan silang serta percambahan. Selain itu, tanaman GM boleh bercampur dengan tanaman bukan GM semasa penuaian, penyimpanan, atau pengangkutan. Penyelidikan ini adalah tidak rasional dalam era pengguna beralih ke makanan organik.
Memandangkan risiko sosioekonomi, alam sekitar, dan kesihatan yang teruk ini, sebanyak 61 organisasi di seluruh negara telah menyatakan sokongan menentang ujian lapangan ini.
– Kenyataan ini dikeluarkan oleh petani, pengguna dan organisasi alam sekitar:
1. Agora Society Malaysia
2. Alam Selangor
3. Blue Oasis (M) Sdn Bhd
4. Borneo Komrad
5. CETDEM Organic Farming
6. Chiron Yeng Coaching Services
7. Consumers’ Association of Penang (CAP)
8. Ecopro Training Center
9. Field and Fortune Venture – Sawah Organik Lambor
10. Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)
11. GRASS Malaysia
12. Green Bamboo Organic
13. Greenpeace Malaysia
14. Guardians of Nature’s Retreat
15. Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS)
16. Kebun Nenek Kebayan, Dabong, Kelantan.
17. Kokoriu
18. Koperasi Kongsi Selangor Berhad (Kongsi Co-op)
19. Koperasi Pekerja Justlife Selangor Berhad
20. Ladang Greenleaf
21. Liga Rakyat Demokratik
22. Lions Club of Raub
23. Little Forest House
24. Malaysia Demeter Association
25. Marvhelly Pace A Voi SDN.BHD
26. Nadeen Hope Enterprise
27. Natural Farming Association Malaysia (NFAM)
28. Nature School of Ipoh
29. PACOS Trust, Sabah
30. Persatuan Agroekologi Malaysia (SRI-Mas)
31. Persatuan Iban Marudi, Sarawak
32. Persatuan Kampung Long Pilah, Sarawak
33. Persatuan Keilmuan Murni Kendiri Pulau Pinang
34. Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING)
35. Persatuan Penduduk Kampong Uma Bawang, Baram, Sarawak
36. Persatuan Penduduk Kampung Long Lunyim, Sarawak
37. Persatuan Penduduk Kampung Long Miri, Sarawak
38. Persatuan Penduduk Nanga Seridan, Tinjar, Baram, Sarawak
39. Persatuan penduduk Rh Lachi Sungai Sebatu, Sarawak
40. Persatuan Penduduk Sungai Buri, Bakong, Baram, Sarawak
41. Persatuan Pengguna Luar Bandar dan Ekologi Malaysia (RURAL Malaysia)
42. Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur-Sayuan Malaysia
43. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
44. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (SUSDEN Malaysia)
45. Pesawah Kelompok Lahar Kepar, Pulau Pinang
46. Pesawah Kelompok Tanjung Piandang, Perak
47. Possibilitree Ventures
48. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
49. Samaria Organik Kemaman
50. Setia Selama Enterprise
51. SOAS University of London
52. Sounds of Soil
53. Stono Farm
54. Suara Mahasiswa UMS
55. Sukod Borneo Sdn Bhd
56. The Hope Village
57. Tube Ventures System Engineering
58. Urban Hijau
59. Wau Farm Kampar
60. Women for Equality Association WEA
61. World Food Forum Malaysia Youth Chapter
Kenyataan Media, 11 Ogos 2026

