Tidur adalah penting untuk kesihatan dan kesejahteraan. Tidur semalaman yang nyenyak boleh membantu: kurangkan kekerapan untuk sakit, kekal pada berat badan yang sihat dan mengurangkan risiko untuk menghadapi masalah kesihatan yang serius seperti diabetes dan penyakit jantung. Ia juga meningkatkan mood, dan membantu membuat keputusan yang baik dan mengelakkan kecederaan (contohnya: pemandu yang mengantuk boleh terlibat dalam kemalangan).
Tidur juga merupakan penghilang tekanan yang berkesan dan kekurangannya boleh mengurangkan kejelasan mental dan keupayaan kita untuk menghadapi situasi yang tertekan.
Namun ramai di antara kita mengalami kekurangan tidur. Data menunjukkan bahawa 9 daripada 10 rakyat Malaysia mengalami beberapa tahap insomnia dan mempunyai satu atau lebih masalah tidur. Sekitar 35% juga mengalami gangguan tidur dengan lebih daripada 53% tenaga kerja Malaysia mendapat kurang daripada 7 jam tidur minimum dalam tempoh 24 jam.
Jika anda kurang tidur dan menghadapi masalah untuk tidur, berikut adalah perkara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan rehat pada waktu malam yang baik.