No products in the cart.

Pengarang: Admin

TM KAJI SEMULA CAJ UNTUK BIL BERCETAK

Tidak lama selepas CAP mengetengahkan isu TM mengenakan caj RM5.00 untuk bil bercetaknya mulai Januari 2016, TM dalam satu perbincangan dengan CAP berkata, ia sedang menimbang semula kaedah penghantaran bil kepada pelanggannya. Selain itu, dalam jawapan balas kepada surat-surat yang kami hantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia...
Baca Lagi

SIASAT PUNCA BANJIR KILAT DI ULU LEGONG: CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah Baling menyiasat punca berlakunya banjir kilat di Kampung Ulu Legong di sini. Kejadian itu telah menyebabkan kehidupan lebih 15 keluarga di kawasan berkenaan terjejas teruk dan banyak harta benda kepunyaan mereka musnah dan mengalami kerosakan. Selain kampung tersebut, lima buah...
Baca Lagi

Pukat Apollo Ancam Hidupan Laut Dan Sumber Pendapatan Nelayan Pantai Kuala Kurau, Perak – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Negeri Perak mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ancaman bot pukat Apollo yang dihadapi oleh kira-kira 500 nelayan pantai di Kuala Kurau di sini ketika ini. Masalah yang berlaku sejak 30 tahun yang lalu itu bukan saja menjejaskan sumber pendapatan nelayan-nelayan pantai...
Baca Lagi

Misteri Kehilangan Sepasang Beruang

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat terkejut dan kecewa mendapat tahu mengenai misteri kehilangan sepasang beruang dari Taman Rekreasi Air Panas Tawau, Sabah. Berita kesengsaraan beruang itu hanya terdedah apabila ia didedahkan oleh Nature Alert dan NGO Malaysia lain pada Oktober 2015. Gambar video beruang itu amat mengejutkan memandangkan ia berada dalan keadaan bertentangan dalam penjara besi...
Baca Lagi

CAP BIMBANG TANAH SAWAH JERLUS JEJAS KEHIDUPAN PETANI KERIAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjalankan kajian dan mengambil tindakan bagi mengatasi punca berlakunya tanah sawah jerlus di daerah Kerian Perak ketika ini. CAP bimbang jika masalah itu tidak ditangani segera ia boleh menjejaskan pendapatan serta kehidupan para petani di kawasan berkenaan dan menggugat sektor pertanian negara pada...
Baca Lagi

CAP & SAM GESA NELAYAN TERJEJAS SUMBER PENDAPATAN AKIBAT PENCEMARAN BAUKSIT DIBERI PAMPASAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang memberi pampasan kepada nelayan-nelayan yang terjejas sumber pendapatan akibat pencemaran bauksit yang berlaku di negeri itu. Pemberian pampasan tersebut perlu disegerakan kerana masalah itu telah mengancam sumber ekonomi golongan ini serta membebankan kehidupan keluarga mereka. Sehubungan itu CAP dan...
Baca Lagi

Isu Projek Tambak Laut Di Permatang Damar Laut: CAP MENYANGKAL DAKWAAN ADUN BATU MAUNG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Dato’ Abdul Malik Abul Kassim bahawa projek tambak laut yang bakal dilaksanakan di Permatang Damar Laut disambut baik oleh komuniti nelayan pantai di kawasan tersebut. Mengulas kenyataan ADUN tersebut, yang dilaporkan media, CAP ingin menjelaskan bahawa komuniti nelayan yang kami temui telah...
Baca Lagi

SAM BERANG CUBAAN MEMBUNUH POKOK DI WANGSA MAJU

Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan hukuman berat ke atas pihak yang cuba membunuh 17 batang pokok di sebuah taman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. SAM kesal dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap siasatan segera dilakukan oleh pihak berkenaan bagi mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. Dalam kejadian...
Baca Lagi

SAM & CAP BANTAH HUTAN SIMPAN GUNUNG INAS DIMUSNAHKAN

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah menyiasat dan menghentikan projek perladangan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Inas dekat Kulim di sini kerana ia boleh mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan pada masa akan datang. Dalam tinjauan yang dibuat kami mendapati projek yang melibatkan kawasan hutan seluas lebih 30,000 hektar...
Baca Lagi

Selamatkan Remaja Daripada Kemusnahan Hidup Akibat Ketagihan Haramkan Sepenuhnya E-Rokok, Vape dan Shisha

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut oleh keputusan kabinet untuk mengawal e-rokok dan vape sebagai ganti mengharamkan sepenuhnya. CAP sekali lagi mengulangi gesaan agar kabinet mengenakan pengharaman sepenuhnya ke atas e-rokok dan vape jika mereka prihatin mengenai masa depan dan kesejahteraan golongan belia di negara ini. Perbezaan pandangan menteri kabinet dalam perkara ini...
Baca Lagi