No products in the cart.

Kategori: Development BM

Pengguna resah, jalan kampung rosak teruk: CAP

Kira-kira 2,000 penduduk di tiga buah kampung daerah Kubang Pasu, Kedah terpaksa berhadapan dengan berbagai kesukaran kerana jalan yang menjadi laluan penting untuk mereka menjalankan aktiviti harian rosak teruk dan membahayakan. Tinjauan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jalan yang dimaksudkan bukan saja tidak rata malah telah pecah dan berlopak di permukaannya. Jalan sepanjang...
Baca Lagi

Mengapa TNB tidak harus tunduk kepada pelombong mata wang kripto

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya membatalkan cadangan untuk membekalkan elektrik kepada pengendali pelombong mata wang kripto memandangkan ia akan memberikan kesan sampingan yang amat serius terhadap alam sekitar, penggunaan tenaga, dan pemuliharaan. Cadangan untuk membekalkan elektrik kepada pelombong tidak masuk akal kerana melombong mata wang...
Baca Lagi

Angkara aktiviti tangkapan haram, sumber perikanan di Perairan Kuala Muda diancam kepupusan

Lebih 1,000 nelayan pantai di empat pengkalan daerah Kuala Muda, Kedah terjejas sumber pendapatan akibat pencerobohan bot pukat tunda, aktiviti bot rawa sorong dan penggunaan bubu naga di perairan itu. Pengkalan nelayan yang terlibat ialah Teluk Nipah, Teluk Amboi, Pulau Sayak dan Tanjung Dawai. Masalah yang sudah lama berlaku ini telah beberapa kali diadukan kepada pihak berkuasa berkenaan...
Baca Lagi

NELAYAN PANTAI LANGKAWI BANTAH PROJEK TAMBAK LAUT

Beratus nelayan yang mencari rezeki di sepanjang pantai Kelibang hingga ke Sungai Menghulu dekat Kuah Pulau Langkawi Kedah berada dalam kebimbangan setelah menerima notis pengambilan tanah dari Pejabat Tanah Langkawi (PTL) bagi melaksanakan projek penambakan laut di kawasan tersebut. Dalam tinjauan yang dibuat, CAP difahamkan, nelayan-nelayan pantai Kuah, Kelibang dan Sungai Menghulu yang...
Baca Lagi

Tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk menyiasat punca sebenar banjir dan membuat saranan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Parlimen, yang dijadualkan akan mengadakan sidang khas mengenai bencana banjir yang amat dahsyat pada Isnin depan, supaya menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi mengenal pasti punca sebenar banjir, termasuk corak cuaca yang tidak menentu akibat krisis iklim, dan membuat saranan untuk menanganinya. Pihak Jawatankuasa perlu...
Baca Lagi

CAP GESA RUMAH UNTUK PENDUDUK KAMPUNG BARU, PULAU TIGA DISEGERAKAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah segera campurtangan menyelesaikan masalah rumah untuk didiami oleh 30 keluarga di Kampung Baru, Pulau Tiga, Sungai Layar dekat Sungai Petani yang terlibat dengan arahan berpindah oleh pemilik tanah di kawasan itu baru-baru ini. Perkara ini perlu diberi perhatian serius kerana keadaan yang berlaku itu telah menimbulkan suasana sedih...
Baca Lagi

HENTIKAN KENAIKAN HARGA SAYUR-SAYURAN DENGAN SEWENANG-WENANGNYA

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil langkah segera menurunkan harga sayur-sayuran yang meningkat sehingga 200% sejak dua minggu lalu. Harga berikut yang disenaraikan di bawah memberikan harga perbandingan. No Sayur-sayuran Harga Lama  (RM) Harga Baharu...
Baca Lagi

Adakah Kita Akan Kehilangan Satu Lagi Ikon? Jangan Hentikan Perkhidmatan Kereta api Bukit Bendera

Pada 10 November 2021, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan bahawa Pulau Pinang sedang mempertimbangkan untuk menutup perkhidmatan kereta api Bukit Bendera (kereta api funikular) yang bermasalah jika ia terus rosak, dengan menekankan kepentingan keselamatan penumpang. CAP terkejut dengan pengumuman ini dan berharap penutupan itu tidak akan kekal selamanya. Kereta api Bukit...
Baca Lagi

Penang Port perlu segera menyemak semula jadual feri

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Penang Port (PP) menyemak semula jadual perkhidmatan feri Pulau Pinang-Butterworth masa kini kerana selang dua jam antara perjalanan akan menyebabkan kesulitan khususnya kepada penumpang pejalan kaki. Jadual perkhidmatan feri PP diterbitkan dalam laman sesawang Pejalan kaki sering tidak berdaya, amat bergantung kepada feri untuk membawa mereka...
Baca Lagi

PENDUDUK PINTASAN KELICAP BIMBANG TANAMAN DIMUSNAHKAN

Kami penduduk-penduduk di Pintasan Kelicap, Jalan Dato Ismail Hashim, Bayan Lepas membantah keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan kami supaya mengalihkan tanaman dan struktur tanpa kebenaran di atas bahu jalan di kawasan ini. Notis bertarikh 18 Oktober 2021dari Jabatan Lanskap itu meminta kami berbuat demikian dalam tempoh 14 hari dan jika sebaliknya tindakan mengeluarkan...
Baca Lagi