No products in the cart.

Kategori: Health BM

Kekebalan Antibiotik Membunuh

Menurut semakan Kerajaan UK mengenai kekebalan antimikrob pada 2014 mendapati jika dibiarkan tanpa dirawat, kekebalan kepada antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setahun di seluruh dunia menjelang 2050 — menelan kos sekitar $1.3 trilion. Setiap tahun kira-kira 700,000 penduduk di seluruh dunia mati akibat jangkitan yang kebal kepada ubat. Jangkitan ini membunuh kerana jangkitan ini...
Baca Lagi

Bagaimana TIDUR Menjejaskan Kreativiti

Dalam satu kertas kerja yang diterbitkan di dalam jurnal Sleep, penyelidik British James Horne, melaporkan bahawa tidak tidur semalaman pun boleh menjejaskan daya pemikiran paling kreatif atau pemikiran terpesong, yang membabitkan keadaan spontan, fleksibel dan semula jadi. Jenis pemikiran sebegini digunakan dalam kegiatan kreatif seperti menulis atau melukis, dan diperlukan untuk bertindak...
Baca Lagi

Lindungi Anak Kita Daripada ‘Wabak Tersembunyi’

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan pendedahan oleh Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 mendedahkan bahawa kira-kira 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Menurut NHMS, krisis kesihatan mental yang semakin meningkat itu sebagai ‘wabak tersembunyi’. Kami merasa amat bimbang kerana kanak-kanak yang menderita masalah ini...
Baca Lagi

Diabetes Pembunuh Dalam Senyap – CAP

Wabak Covid-19 dianggap penyakit yang amat serius sehingga negara-negara di seluruh dunia mengambil langkah drastik untuk membendungnya. Namun terdapat satu lagi pembunuh di sekeliling kita yang setiap tahun meragut nyawa dalam jumlah yang lebih besar berbanding Covid-19 iaitu diabetes mellitus. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 200 juta penduduk di seluruh dunia menghidap...
Baca Lagi

Kekebalan Antibiotik Menjejaskan Rawatan Kanser

Jika kekebalan antibiotik berterusan bagi pesakit kanser, ini mungkin bermaksud kadar kematian yang lebih tinggi, rawatan yang lebih sukar dan mahal, dan banyak kesan sampingan. Banyak pilihan rawatan akan lenyap sepenuhnya. Bakteria kebal antibiotik akan memperlahankan rawatan kanser selama beberapa dekad, sementara insiden kes kanser akan terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang....
Baca Lagi

Menyembur Tubuh Dengan Pembasmi Kuman Tidak Disarankan Oleh WHO

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut melihat gambar di dalam media cetak yang menunjukkan seorang wanita menyembur cecair pembasmi kuman daripada botol semburan kepada sekumpulan kanak-kanak di taman asuhan kanak-kanak (taska). Kami pasti bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ibu bapa bimbang dengan amalan seperti itu. Sebagai maklum balas segera, kami ingin...
Baca Lagi

Ke arah sektor pergigian bebas-merkuri di Malaysia

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan persekutuan untuk mempercepatkan penggubalan peraturan untuk menghentikan penggunaan amalgam dalam sektor pergigian.  Pada tahun 2013,  Konvensyen Minamata berkaitan Merkuri telah dirangka dan diterimapakai setelah negara-negara mengadakan rundingan berikutan  kebimbangan terhadap kesan merkuri kepada kesihatan awam dan alam sekitar....
Baca Lagi

Lindungi belia dari manipulasi industri dan halang mereka daripada menggunakan tembakau dan nikotina

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang jatuh pada  31hb Mei, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama-sama komuniti penyokong kesihatan awam menggesa kerajaan Malaysia  agar melindungi golongan belia daripada dimanipulasi oleh industri tembakau. Agenda tersembunyi industri adalah untuk menarik minat belia kerana apabila seseorang itu menjadi ketagih kepada nikotina, ia akan berasa sukar...
Baca Lagi

Haramkan bedak talkum dan produk berasaskan ‘talc’

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru kepada Kementerian Kesihatan agar mengharamkan bedak talkum dan produk berasaskan ‘talc’. Bedak talkum disapukan pada kulit sebagai bahan penyerap yang baik untuk mewangi dan memberikan sentuhan yang lembut. Bahan utama dalam bedak talkum ialah magnesium silicate hydroxide atau ‘talc’.  Komposisi ‘talc’ menyamai asbestos dan ia...
Baca Lagi

Penumpang Feri Perlu Menjaga Diri Daripada Covid-19

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati pengguna feri Pulau Pinang tidak menjaga diri mereka dengan sewajarnya daripada Covid-19 ketika berada di terminal feri. Apabila pintu pagar feri dibuka bagi membolehkan penumpang masuk dan keluar feri kebanyakan penumpang berebut-rebut ke pagar feri. Tingkah laku seperti ini amat berbahaya kerana apabila semua penumpang feri berebut-rebut ke...
Baca Lagi