Ceramah Penjimatan Tenaga oleh CAP di Puncak Erskine, Pulau Pinang pada 15 Disember 2023

Gambar berkumpulan penduduk yang menghadiri ceramah bersama pegawai CAP.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengadakan ceramah mengenai penjimatan tenaga bersama 40 penduduk Puncak Erskine, Tanjung Tokong, Pulau Pinang pada 15 Disember 2023. Program itu dianjurkan oleh CAP bersama Badan Pengurusan Bersama Puncak Erskine.

Semasa ceramah, CAP memberikan maklumat mengenai bagaimana penjimatan tenaga, walaupun dalam cara yang kecil, adalah baik bagi alam sekitar dan dompet kita juga; dan bagaimana mengurangkan penggunaan tenaga dapat mengurangkan permintaan untuk bahan api fosil, yang menyumbang kepada perubahan iklim global.

Poster menjemput penduduk ke program penjimatan elektrik.

Pegawai Penyelidik CAP, Ganesan Sivalingam berkongsi panduan berguna dengan penduduk mengenai cara menjimatkan tenaga dan menggunakan tenaga dengan cekap. Beberapa nasihat diberikan: Cabut plag kipas dan lampu serta pengecas sebaik sahaja peranti selesai mengecas; matikan lampu apabila tidak digunakan; matikan soket pada dinding bagi ketuhar, mesin basuh, pencetak dan komputer yang tidak digunakan; mengurangkan penggunaan penyaman udara dan pemanas air; dan pilih produk cekap tenaga dengan penarafan bintang tenaga.

Pegawai  Penyelidik CAP, Ganesan Sivalingam, memberikan ceramah mengenai penjimatan tenaga di Puncak Erskine.

Menanam pokok adalah satu lagi tindakan yang menjimatkan tenaga kerana pokok memberikan teduhan, mengurangkan permintaan untuk penyaman udara, meningkatkan kualiti udara dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau. Penduduk diberitahu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memulihara pokok dan mengambil bahagian dalam kempen penanaman pokok. Di dalam rumah, tumbuh tumbuhan dalaman boleh menyejukkan suhu dalaman.

Kami juga mendedahkan menjimatkan elektrik dan menggunakan tenaga dengan bijak (berjalan kaki, menaiki pengangkutan awam) dapat menjimatkan wang pengguna untuk bil mereka, terutamanya untuk isi rumah berpendapatan rendah, di mana penjimatan itu boleh digunakan untuk keperluan asas lain.

Pegawai CAP juga turut mengajar penduduk mengenai cara menganalisis bil elektrik mereka dan memahami maksud tarif elektrik, dan membantu menjelaskan soalan yang dibangkitkan, contohnya: sama ada memasang dan mencabut plag yang kerap akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada peralatan.

Peserta mendengar maklumat yang diberikan tentang penggunaan tenaga dan pemanasan global.
Pegawai CAP Encik Ganesan Sivalingam dan Encik Partiban Veloo menerangkan tarif elektrik kepada seorang penduduk yang membawa bil elektriknya.