Hasil Kebun Bandar CAP

Gambar di bawah menunjukkan labu air yang dituai dari kebun bandar CAP, setiap buah itu seberat 6 hingga 8 kg. Labu air juga dikenali sebagai kundur dan labu lilin, sering dijadikan sebagai sayur serta jus. Ia berkesan untuk menyejukkan tubuh.

Tanamlah tanaman makanan segar dan sihat sendiri, ia dapat menjimatkan wang untuk barangan runcit dan mengurangkan jejak karbon.