Lambakan Sisa di Malaysia
Infografik 16 halaman ini menggambarkan bagaimana perdagangan sisa memberi kesan kepada kita semua. Penggunaan berlebihan serta pengeluaran berlebihan plastik menyebabkan peningkatan dalam penjanaan sisa.
Realitinya kebanyakan sisa ini tidak diproses secara bertanggungjawab. ️Sesetengah negara mengeksport sisa plastik yang seharusnya dikitar semula di negara mereka sendiri ke negara lain seperti negara kita tanpa peduli kesan terhadap keupayaan, alam sekitar dan kesihatan awam di negara penerima.
Malaysia mengimport 510,897 tan sisa plastik pada 2021(1). Data mengenai pengeksport utama ke Malaysia dan jenis sisa plastik yang mereka eksport boleh diakses melalui pautan ke laman web Basel Action Network(2) di bawah. Laporan ini berdasarkan data perdagangan global rasmi dan data kerajaan Malaysia.
Lambakan sisa, pembuangan haram, kecuaian operator tempatan dan bahaya seterusnya kepada persekitaran tempatan dan kesihatan awam kita adalah antara masalah yang timbul dalam isu perdagangan sisa.
Cadangan Tindakan
- Ambil gambar/video lambakan/pembuangan sisa yang tidak bertanggungjwab; pencemaran tanah, air dan udara, dan kemukakan terus kepada Jabatan Alam Sekitar, e-Aduan. https://eaduan.doe.gov.my/eaduan/index.php?lang=EN
- Gesa pihak berkuasa tempatan (PBT) anda untuk membuat susulan terhadap laporan/aduan pencemaran tersebut.
- Gesa Ahli Parlimen tempatan anda untuk menyokong larangan pengeksportan sisa plastik ke Malaysia.
- Gesa kerajaan Malaysia untuk menyokong seruan global untuk mengurangkan pengeluaran/penggunaan plastik.
- Sokong petisyen global untuk #StopShippingPlasticWaste untuk menuntut syarikat perkapalan global menghentikan pengangkutan sisa plastik ke negara kurang membangun. https://www.bataris.org.ph/petit…/stopshippingplasticwaste
Rujukan:
- Environmental Investigation Agency. (2023, January 16). Plastic Waste Power Play. Environmental Investigation Agency. Retrieved on 13 Feb 2023, from https://eia-international.org/…/EIA_UK_Plastic_Waste…
- Basel Action Network. Malaysia Import Data. Retrieved on 13 Feb 2023, from https://www.ban.org/plast…/trade-data/malaysia-import-data
Baca lebih lanjut:
- Katz, Cheryl. (2019, March 7). YaleEnvironment360. Piling Up: How China’s Ban on Importing Waste Has Stalled Global Recycling. Yale School of the Environment. Retrieved on 13 February 2023, from https://e360.yale.edu/…/piling-up-how-chinas-ban-on…
- Fathil, Sheeda. (2022, December 3). Selangor denies approval for plastic waste processing factories, premises to prevent pollution. Selangor Journal. Retrieved on 13 Feb 2023, from https://selangorjournal.my/…/selangor-denies-approval…/
#breakfreefromplastic #stopshippingwaste #endwastecolonialism