LINDUNGI KANAK-KANAK DARIPADA E-ROKOK

Apabila e-rokok direka bentuk untuk kelihatan seperti bekalan sekolah atau rasa seperti gula-gula, jelas sekali industri tembakau menyasarkan golongan muda secara langsung.

Industri menyasarkan belia bagi keuntungan sepanjang hayat, mewujudkan gelombang ketagihan baharu. Kanak-kanak menggunakan e-rokok pada kadar yang lebih tinggi daripada orang dewasa di semua rantau dan secara global dianggarkan 37 juta belia berumur 13-15 tahun menggunakan tembakau.

Sudah tiba masanya untuk campur tangan dan menamatkan taktik manipulatif ini.

Sumber: WHO