Tubuh kita memerlukan air untuk berfungsi. Dua pertiga daripada tubuh kita terdiri daripada air, yang sentiasa hilang melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Oleh itu, kita perlu untuk menambah bekalan air tubuh dengan kerap.
Tetapi tahukah anda: Anda boleh menghidratkan tubuh dengan makanan, bukan hanya dengan air sahaja. Banyak buah-buahan dan sayur-sayuran juga merupakan sumber air yang baik.
“Kira-kira 80% daripada pengambilan air kita datangnya daripada cecair minuman. 20% lagi pengambilan air kita datangnya daripada makanan yang kita makan. Kandungan air dalam makanan berbeza-beza, dengan beberapa buah-buahan dan sayur-sayuran, seperti tembikai atau strawberi, setinggi 90% air mengikut beratnya,” kata Allison Webster, PhD, RD (Food Insight).
Berikut ialah beberapa jenis makanan yang kaya dengan air serta boleh membantu anda untuk kekal terhidrat.