MINUMAN MANIS HARIAN TINGKATKAN RISIKO KANSER HATI

Satu kajian baharu mendapati peningkatan risiko kanser hati dan kematian akibat penyakit hati kronik dalam kalangan wanita yang mengambil minuman manis setiap hari. Kajian di JAMA mengikuti 100,000 wanita menopaus selama lebih 20 tahun. 207 wanita menghidap kanser hati dan 148 meninggal dunia akibat penyakit hati kronik dalam tempoh itu.

Kajian itu melaporkan bahawa 6.8% wanita yang mengambil satu atau lebih minuman manis setiap hari mempunyai risiko kanser hati 85% lebih tinggi dan risiko kematian penyakit hati kronik 68% lebih tinggi berbanding mereka yang mempunyai kurang daripada 3 minuman manis setiap bulan.

Baca lagi:
https://news.harvard.edu/…/daily-consumption-of-sugary…/