No products in the cart.

Bulan: Ogos 2021

Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) adalah sangat tidak bertanggungjawab

Hanya beberapa jam yang lalu, SAM mendapat tahu bahawa kerajaan negeri Selangor akan menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), salah satu hutan gambut yang terakhir di selatan Selangor, semata-mata untuk memberi laluan kepada pembangunan komersial. Kami sangat marah dengan perkara ini. Keputusan kerajaan negeri Selangor ini adalah sangat tidak bertanggungjawab, terutamanya pada...
Baca Lagi

Ulang Tahun Kemerdekaan ke 64:Sambut dengan Tetapan Semula Minda

  Semasa kita meraikan ulang tahun kemerdekaan ke 64 – peristiwa penting menandakan berpisahnya kita daripada pemerintahan kolonial dan lahirlah sebuah negara bangsa - kita seharusnya merenung kembali teras utama yang membentuk identiti dan takdir sebagai Malaysia. Kunci utama atau bahan utama tidak lain adalah kepelbagaian kita. Negara kita tidak akan wujud jika kepelbagaian komuniti dan...
Baca Lagi

Kejayaan di COP26 memerlukan tindakan segera terhadap perubahan iklim – bukan janji palsu

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kepada surat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, H. E Charles Hay (diterbitkan pada 24 Ogos) bertajuk “Bekerjasama dalam menangani krisis iklim”. Kami bersetuju dengan duta itu bahawa kerajaan-kerajaan “hanya dapat mengatasi cabaran krisis iklim dengan bekerjasama dan melalui komitmen untuk transformasi global yang tulen". Bagaimanapun, setelah...
Baca Lagi

Hentikan Penipuan Air Botol: Ia Memusnahkan Alam Sekitar Kita dan Mungkin Tidak Selamat

Pada 2019, nilai jualan air botol di Malaysia ialah kira-kira RM698.45 juta, bermakna rakyat Malaysia membelanjakan sejumlah besar pada tahun itu bagi janji yang diiklankan untuk air yang lebih sihat, tulen dan selamat. Tetapi realitinya air botol plastik mungkin tidak selamat,tulen atau sihat – ia boleh menjadi toksik, tercemar dan berbahaya, dan ia menjadi ancaman terbesar kepada alam...
Baca Lagi

KUARI DI SUNGAI ARA, PULAU PINANG MENGANCAM PENDUDUK SEKITAR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang (PTG), Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) supaya mengkaji semula operasi kuari yang sedang berjalan di Sungai Ara, Pulau Pinang. Aktiviti kuari yang beroperasi di Mukim 12, Daerah Barat...
Baca Lagi

CAP: Jangan Tertipu oleh Daging Tiruan

Baru-baru ini rakyat Malaysia dikejutkan dengan skandal daging. Ramai yang menuntut keadilan  dilaksanakan terhadap individu yang tidak beretika ini yang menyebabkan rakyat Malaysia termakan daging Halal yang sebenarnya tidak Halal atau mungkin telah dicampur dengan daging kuda dan kanggaru yang berpenyakit. Tetapi apa yang akan datang adalah lebih mengejutkan. Impossible Foods, pembuat daging...
Baca Lagi

Bantu Haramkan Plumbum dalam Cat

Jabatan Standard Malaysia sedang mendapatkan ulasan umum yang bertujuan untuk mendapatkan komen/input ke atas draf Malaysian Standard Undercoating Paint for Gloss Enamel - Specification (Second revision). DMS ini telah dibangunkan oleh Jawatankuasa Teknikal berkenaan Paint and Varnishes. Antara spesifikasi dalam Standard adalah bahan yang digunakan dalam formulasi cat tersebut tidak boleh...
Baca Lagi

Jangan hantar video dengan mesej rasis dan hasutan, laporkannya

Dengan segala kekacauan politik yang dilalui oleh negara kita, troll dan orang-orang jahat sebenarnya, telah membuat dan menyebarkan video yang boleh dipersoalkan ini di media sosial dan aplikasi pesanan telefon bimbit seperti WhatsApp. Video-video yang disiarkan ini mempunyai mesej-mesej kebencian dan dengan jelas menggambarkan sentimen hasutan dan perkauman. Persatuan Pengguna Pulau Pinang...
Baca Lagi

Dunia ini sememangnya hanya sebuah kolam air pasang kecil; ganggu satu bahagian dan selebihnya terancam

Dunia ini sememangnya hanya sebuah kolam air pasang kecil: ganggu satu bahagian dan selebihnya terancam "Patologi adalah perkara yang agak mudah untuk dibincangkan, kesihatan sangat sukar. Ini sudah tentu, adalah salah satu sebab mengapa terdapat perkara yang suci, dan kenapa kesucian itu sukar untuk dibincangkan, kerana yang suci itu secara khusus berkaitan dengan yang sihat. Seseorang itu...
Baca Lagi

Murka Alam: Banjir Penuh Tragedi di Yan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) sedih mendengar tiga mangsa ditemui mati di beberapa lokasi sekitar Gunung Jerai di Yan selepas kejadian banjir semalam. Banjir dan tanah runtuh yang berlaku adalah dilaporkan tercetus oleh fenomena kepala air di kawasan air terjun berdekatan Gunung Jerai. Penduduk yang terjejas di sini menjelaskan limpahan air umpama empangan...
Baca Lagi