No products in the cart.

Kategori: Development BM

JARING GESA KERAJAAN PASTIKAN RANTAIAN BEKALAN (SUPPLY CHAIN) SEKTOR PERIKANAN TERUS BEROPERASI SEMASA PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) 3.0

Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING) menyambut baik pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 untuk mengekang penularan wabak COVID-19. Walau bagaimanapun JARING meminta kerajaan khususnya Kementerian Pertanian dan...
Baca Lagi

Masa untuk kurangkan pembaziran air dan bil air yang tinggi  

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata kini tiba masanya untuk mengurangkan pembaziran air, bukan hanya bagi mengurangkan bil air tetapi juga memelihara sumber air kita yang amat terhad. Alasan utama ialah kerana penduduk Pulau Pinang menggunakan air proses yang menjadi komoditi berharga. Sementara kawasan tadahan air hanya 6 peratus daripada kawasan tanah negeri, penduduk negeri ini...
Baca Lagi

Pastikan institusi pengajian swasta patuhi terma dan syarat pentauliahan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terperanjat sebaik melihat iklan Universiti LimKokWing bagi pengambilan pelajar Mei 2021 dalam portal berita atas talian cuma beberapa hari selepas dimaklumkan pentauliahan (akreditasi) MQA untuk 8 program pengajian mereka telah dibatalkan. Iklan terbabit menyebut pihak universiti mempunyai 1,000 biasiswa untuk diberikan kepada pelajar yang berkelayakan....
Baca Lagi

CAP gesa Jabatan Perikanan siasat masalah ‘Ikan Rakyat’ di pasaran

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan agensi berkaitan menyiasat dakwaan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bahawa berlaku kekurangan ikan kembung dan peranan orang tengah menyebabkan makanan rakyat itu meningkat harganya di pasaran antara RM18.00 hingga RM22.00 sekilogram. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail, berikutan masalah tersebut...
Baca Lagi

AKTIVITI PENCEROBOHAN BOT PUKAT TUNDA JEJAS PENDAPATAN 500 NELAYAN PANTAI PULAU BETONG DAN GERTAK SANGGUL

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil tindakan lebih berkesan bagi mencegah aktiviti pencerobohan bot pukat tunda yang dihadapi oleh lebih 500 nelayan pantai di Pulau Betong dan Gertak Sanggul, Pulau Pinang ketika ini. Masalah yang berlarutan sejak 40 tahun yang lalu itu masih berlaku walau pun sudah banyak...
Baca Lagi

Pilih Model yang Sesuai untuk KTMB dan Tingkatkan Perkhidmatan – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan mempertingkatkan perkhidmatannya bagi membolehkan rakyat menggunakan pengangkutan awam yang selamat, boleh dipercayai dan mampu dinaiki, bagi perjalanan antara bandar dan berulang alik setiap hari. Ini akan membantu lebih ramai penumpang bertukar  dari kaedah pengangkutan sedia ada yang terlalu banyak...
Baca Lagi

TANGANI SEGERA MASALAH BEKALAN AIR UNTUK PENDUDUK BALING – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa kesal berikutan kejadian masalah bekalan air paip yang masih dihadapi oleh 15,000 penduduk luar bandar di daerah Baling, Kedah ketika ini. Walau pun masalah tersebut sudah berlarutan sejak 10 tahun yang lalu namun ia masih tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan negeri ini. Mengulas laporan akhbar  Utusan Malaysia - 15 Mac 2021, CAP...
Baca Lagi

Budaya Mengumpul dan Berkongsi Data Peribadi di Malaysia

Situasi pencerobohan data peribadi terbaharu melibatkan Malaysian Airlines Berhad amat mengecewakan tetapi tidaklah mengejutkan. Seperti ramai orang di luar sana, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpendapat bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA 2010) perlu dipinda untuk memasukkan peraturan yang lebih ketat dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan keras terhadap penyedia...
Baca Lagi

CAP minta keputusan kemasukan pekerja nelayan Thailand ke Negeri Kedah dikaji semula

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan mengkaji semula kebenaran membawa masuk pekerja nelayan asing dari Thailand ke Kedah mulai minggu depan. Keputusan ini perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin demi kesihatan, keselamatan dan kepentingan sumber perikanan negara serta kehidupan nelayan pantai. Mengulas laporan akhbar hari ini (Utusan Malaysia, 26 Februari 2021), CAP...
Baca Lagi

Menjadikan MySejahtera satu mandatori menganiayai golongan buta IT dan miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah keras tindakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menggunakan MySejahtera sebagai satu-satunya kaedah untuk mengesan kontak. Kemudian, sebuah pasar raya di Pulau Pinang tidak lagi menyediakan buku log untuk pelanggannya. Malah pelanggan dihalang dari memasuki pasar raya jika mereka gagal mengimbas code QR. Ini menimbulkan kesulitan dan kekecewaan...
Baca Lagi