No products in the cart.

Kategori: Environment BM

Pembatalan Penghapusan Hak Milik NCR Untuk Empangan Baram Dialu-alukan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mengalu-alukan tindakan Kerajaan Negeri Sarawak membatalkan penghapusan hak milik Hak Tanah Adat (Native Customary Rights - NCR) yang melibatkan 26 hingga 30 kampung yang akan terjejas oleh projek Empangan Baram, yang terletak antara Long Na’ah dan Long Kesseh. SAM memuji komuniti Baram yang bersungguh-sungguh memastikan kebimbangan mereka terhadap cadangan empangan...
Baca Lagi

PENGAMBILAN PASIR: SUNGAI BATANG BENAR TERUK BERKELODAK

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Negeri Sembilan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah pencemaran Sungai Batang Benar yang teruk tercemar ketika ini. Dalam tinjauan yang dibuat SAM mendapati masalah yang berpunca dari kegiatan...
Baca Lagi

2,000 PENDUDUK CHUPING RESAH DIANCAM HABUK: CAP

Lebih kurang 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran kilang simen di Chuping, Perlis terjejas kehidupan mereka berikutan pencemaran habuk yang berpunca dari kerja-kerja meletup dan memecah batu di kawasan kuari di sini serta memproses simen di kilang tersebut. Masalah yang berlarutan sejak lebih 30 tahun yang lalu itu melibatkan Kampung Binjal, Kampung Balik Bukit, Taman Perumahan 20 dan Taman...
Baca Lagi

Bantahan Projek Di Atas Lot 586 & 675, Sungai Ara

Kami berkumpul di sini pada hari ini untuk mengemukakan masalah yang sedang dihadapi oleh kami. Pemaju projek rumah mampu milik, Potential Dual Sdn. Bhd. telah: Mengumumkan untuk menutup jalan bukit yang terkenal bagi aktiviti berbasikal untuk melaksanakan pembangunan baru. Mengemukakakan cadangan kepada MBPP untuk menggunakan jalan Taman kami iaitu Cangkat Sg Ara 19 sebagai jalan masuk dan...
Baca Lagi

Hutan dan Bukit Di Pulau Pinang Terus Diteroka!

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat kegiatan penerokaan di atas bukit dekat Titi Kerawang dengan segera. Dalam tinjauan yang dibuat hari ini kami terkejut dengan keadaan bukit yang digondol itu dan merasa hairan bagaimana ia boleh berlaku dan apakah tujuan ia digondolkan. Masalah...
Baca Lagi

SAM KESAL HUTAN PAYA BAKAU DI PULAU PINANG TERUS DITEROKA

Hidupan Laut Terancam, Pendapatan Nelayan Pantai Terjejas Lebih kurang 500 nelayan pantai di Kuala Sungai Pinang dan Kuala Jalan Baru, Balik Pulau, Pulau Pinang terjejas teruk sumber pendapatan mereka berikutan pelaksanaan projek ternakan udang yang dilakukan secara berleluasa di kawasan itu. Projek tersebut bukan saja memusnahkan beratus ekar kawasan hutan paya bakau yang menjadi tempat...
Baca Lagi

Selamatkan Pokok Kita: Hentikan Projek Pelebaran Jalan Masjid Negeri, Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membatalkan projek melebarkan 1.8km jalan di Jalan Masjid Negeri agar menyelamatkan pokok-pokok di tepi jalan ini. Dalam suatu sidang media, MBPP dilaporkan menyatakan bahawa bilangan pokok yang terlibat di sepanjang laluan ke Jalan Scotland, bermula dari simpang Lorong Batu...
Baca Lagi

SIASAT PUNCA BANJIR KILAT DI ULU LEGONG: CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah Baling menyiasat punca berlakunya banjir kilat di Kampung Ulu Legong di sini. Kejadian itu telah menyebabkan kehidupan lebih 15 keluarga di kawasan berkenaan terjejas teruk dan banyak harta benda kepunyaan mereka musnah dan mengalami kerosakan. Selain kampung tersebut, lima buah...
Baca Lagi

Pukat Apollo Ancam Hidupan Laut Dan Sumber Pendapatan Nelayan Pantai Kuala Kurau, Perak – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Negeri Perak mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ancaman bot pukat Apollo yang dihadapi oleh kira-kira 500 nelayan pantai di Kuala Kurau di sini ketika ini. Masalah yang berlaku sejak 30 tahun yang lalu itu bukan saja menjejaskan sumber pendapatan nelayan-nelayan pantai...
Baca Lagi

CAP BIMBANG TANAH SAWAH JERLUS JEJAS KEHIDUPAN PETANI KERIAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menjalankan kajian dan mengambil tindakan bagi mengatasi punca berlakunya tanah sawah jerlus di daerah Kerian Perak ketika ini. CAP bimbang jika masalah itu tidak ditangani segera ia boleh menjejaskan pendapatan serta kehidupan para petani di kawasan berkenaan dan menggugat sektor pertanian negara pada...
Baca Lagi