No products in the cart.

Kategori: Environment BM

CAP & SAM GESA NELAYAN TERJEJAS SUMBER PENDAPATAN AKIBAT PENCEMARAN BAUKSIT DIBERI PAMPASAN

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang memberi pampasan kepada nelayan-nelayan yang terjejas sumber pendapatan akibat pencemaran bauksit yang berlaku di negeri itu. Pemberian pampasan tersebut perlu disegerakan kerana masalah itu telah mengancam sumber ekonomi golongan ini serta membebankan kehidupan keluarga mereka. Sehubungan itu CAP dan...
Baca Lagi

Isu Projek Tambak Laut Di Permatang Damar Laut: CAP MENYANGKAL DAKWAAN ADUN BATU MAUNG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyangkal dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Dato’ Abdul Malik Abul Kassim bahawa projek tambak laut yang bakal dilaksanakan di Permatang Damar Laut disambut baik oleh komuniti nelayan pantai di kawasan tersebut. Mengulas kenyataan ADUN tersebut, yang dilaporkan media, CAP ingin menjelaskan bahawa komuniti nelayan yang kami temui telah...
Baca Lagi

SAM BERANG CUBAAN MEMBUNUH POKOK DI WANGSA MAJU

Sahabat Alam Malaysia (SAM) meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan hukuman berat ke atas pihak yang cuba membunuh 17 batang pokok di sebuah taman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur baru-baru ini. SAM kesal dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap siasatan segera dilakukan oleh pihak berkenaan bagi mengenalpasti mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tersebut. Dalam kejadian...
Baca Lagi

SAM & CAP BANTAH HUTAN SIMPAN GUNUNG INAS DIMUSNAHKAN

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Kedah menyiasat dan menghentikan projek perladangan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Inas dekat Kulim di sini kerana ia boleh mengancam alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan pada masa akan datang. Dalam tinjauan yang dibuat kami mendapati projek yang melibatkan kawasan hutan seluas lebih 30,000 hektar...
Baca Lagi

Banjir Kilat di Pulau Pinang: Langkah Pencegahan dan Penebatan Perlu Ditingkatkan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak berkuasa untuk melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan penebatan selepas menyiasat punca sebenar berlakunya banjir kilat di beberapa buah kawasan di sekitar Pulau Pinang terutama di Teluk Kumbar, Permatang Damar Laut, Batu Maung dan Bayan Lepas. Berikutan hujan lebat yang berlaku pada 29 November 2015 bermula sekitar...
Baca Lagi

SAM – KAJI SEMULA PENGELUARAN LESEN PERLOMBONGAN BAUKSIT DI TERENGGANU

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar Kerajaan Negeri Terengganu dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk mengkaji semula rancangan untuk mengeluarkan lesen perlombongan bauksit yang terdapat dalam radar perancangan Kerajaan Negeri pada ketika ini kerana ia bakal menjejaskan alam sekitar dan memudaratkan kehidupan para penduduk di negeri ini. SAM mengulas laporan akhbar tempatan (Sinar Harian: 23...
Baca Lagi

KELEMAHAN PENGUATKUASAAN MENGUNDANG BENCANA ALAM SEKITAR

Sahabat Alam Malaysia (SAM) amat menyesali terhadap pihak-pihak berkuasa yang berkaitan kerana kelemahan penguatkuasaan telah mengundang bencana kepada alam sekitar sebagaimana yang berlaku di Lentang, Daerah Bentong, Pahang pada 11 November lalu. Sepatutnya pihak-pihak berkuasa yang berkaitan menjadikan beberapa bencana yang berlaku sebelum ini sebagai ikhtibar supaya lebih bertanggung-jawab dan...
Baca Lagi

CAP GESA KETUA MENTERI PULAU PINANG UMUM APAKAH PROJEK YANG DICADANGKAN DI PERMATANG DAMAR LAUT

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng mengumumkan kepada penduduk negeri ini khususnya golongan nelayan di kawasan Permatang Damar Laut apakah tujuan kerja-kerja mengukur, menanda kawasan dan menggali dasar laut dilakukan oleh sebuah syarikat di kawasan berkenaan. CAP kesal walaupun perkara ini telah CAP kemukakan kepada pihak jabatan, agensi...
Baca Lagi

KAJI SEMULA RANCANGAN PEMBINAAN KILANG KELAPA SAWIT DI SUNGAI RANGGAM, PERAK  – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan Perak mengkaji semula rancangan pembinaan kilang kelapa sawit di Sungai Ranggam dekat Pasir Salak di sini kerana ia boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan. Pembinaan kilang tersebut bukan saja berdekatan dengan kawasan perumahan yang didiami oleh lebih 4,000 penduduk tetapi juga tidak jauh dari sungai yang menjadi...
Baca Lagi

ResourceCo Asia Hantar Kembali Sisa ke Australia

Sahabat Alam Malaysia menggesa ResourceCo Asia (M) Sdn Bhd untuk segera mengembalikan sisa pepejal yang telah diimport dari Australia untuk tujuan pembuatan bahan api untuk Lafarge. Isu ini telah dibawa ke perhatian SAM oleh seorang individu prihatin yang mendapati bahawa syarikat di Taman Perindustrian IGB di Ipoh, Perak ini telah memalsukan dokumen import dengan mengisytiharkan sisa pepejal...
Baca Lagi