No products in the cart.

Kategori: Featured Article Malay

CARA MUDAH MENANGANI HABA BANDAR

Bandar di Belanda Menggantikan Konkrit dengan Bata Turapan Berisi Rumput Di kawasan bandar Belanda yang sibuk, satu perubahan seni bina yang bijak sedang mengubah “hutan konkrit” menjadi hamparan hijau yang hidup menerusi penggunaan turapan rumput yang telap air. Ini merupakan bata turapan yang direka khas dengan bukaan kecil, membolehkan rumput, lumut, dan tumbuhan rendah yang lain tumbuh...
Baca Lagi

MONYET KEEMPAT

Anda tentu pernah mendengar mengenai tiga ekor monyet bijak yang tidak melihat kejahatan, tidak mendengar kejahatan, dan tidak bercakap tentang kejahatan. Kini, kenali pula monyet yang keempat. Monyet keempat ini mencerminkan ciri ketiga-tiga monyet terdahulu dengan cara yang sama sekali berbeza. Dia tidak melihat sesiapa, tidak mendengar sesiapa, dan tidak bercakap dengan sesiapa. Matanya...
Baca Lagi

Cara Elak Buah yang Dipotong Bertukar Warna Perang

Anda memotong epal, pir, atau pisang, meninggalkannya selama 20 minit, dan apabila kembali, buah itu sudah pun bertukar warna menjadi perang serta kelihatan kurang menyelerakan. Proses perubahan warna perang ini dipanggil pengoksidaan enzimatik iaitu sebaik sahaja buah dipotong dan isinya terdedah kepada oksigen di udara, satu tindak balas kimia bermula yang mengubah warnanya serta mula...
Baca Lagi

Program “Kesedaran Asbestos” CAP di Island Glades, Pulau Pinang

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menganjurkan program kesedaran mengenai asbestos di Island Glades, Pulau Pinang pada 19 Julai 2026. Program ini dianjurkan bersama Penang Suya MeiyArivagam, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan. Seramai 35 orang pesertaterdiri daripada 20 wanita dan 15 lelaki, termasuk sembilan orang beliamenghadiri program ini. Empat kakitangan CAP dan seorang...
Baca Lagi

Hubungan antara Kanser Kolorektal dan Makanan Ultra Proses

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pengguna supaya mengelak daripada mengambil makanan ultra proses (UPF) memandangkan terdapat bukti kukuh yang menunjukkan hubungan antara pengambilan makanan ultra proses dengan kanser kolorektal. Makanan ultra proses mengandungi tenaga, gula tambahan, natrium, dan lemak tidak sihat yang tinggi, namun rendah dari segi kandungan serat, protein, dan...
Baca Lagi

Tolak Gesaan MSCSPGA untuk Menerbitkan Pendaftaran Rokok

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menolak gesaan terbaharu oleh Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA) untuk mendedahkan daftar jenama rokok yang berdaftar secara sah kepada umum. Selain itu, pihak berkuasa perlu menilai secara kritis sumber dan kredibiliti dakwaan tinjauan yang dipetik oleh MSCSPGA, yang menyatakan bahawa “68.8% rakyat Malaysia...
Baca Lagi

Menelusuri legasi S M Mohamed Idris

Oleh Datuk Dr Anis Yusal Yusoff Dalam dunia yang semakin dipenuhi dengan retorik, polarisasi dan aktivisme bermusim, hadir sebuah buku yang mengingatkan kita bahawa perubahan sebenar tidak lahir daripada slogan, tetapi daripada keteguhan prinsip dan kesungguhan berjuang sepanjang hayat. The Man Who Could Move Mountains: Reflections on the Social Activism of S M Mohamed Idris bukan sekadar sebuah...
Baca Lagi

Gaji rendah memerlukan pembaharuan struktur, bukan penyelesaian jangka pendek

Isu gaji rendah kekal sebagai salah satu kebimbangan utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini. Walaupun telah menikmati pertumbuhan ekonomi selama beberapa dekad dan Malaysia muncul sebagai ekonomi berpendapatan sederhana tinggi, ramai pekerja masih bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, isu kemampuan memiliki rumah serta ketidakstabilan kewangan. Meskipun ekonomi telah...
Baca Lagi

Laporan RCI Tabung Haji Mendedahkan Kegagalan Tadbir Urus Yang Serius dan Pengkhianatan Terhadap Kepercayaan Awam

Pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) yang telah lama dinanti-nantikan telah mengesahkan kebimbangan utama jutaan penyimpan rakyat Malaysia: satu keruntuhan tadbir urus yang dahsyat, berpunca daripada campur tangan politik yang berleluasa serta penipuan fiskal. Selama beberapa dekad, Tabung Haji dipandang sebagai sebuah institusi yang amat suci...
Baca Lagi

Mata Gatal pada Waktu Pagi?

Ia Mungkin Disebabkan oleh Pengunjung Malam yang Sangat Kecil pada Mata Anda Kebanyakan orang tidak menyedarinya, tetapi makhluk kecil yang dipanggil hama mata hidup pada kulit manusia, terutamanya di sekitar bulu mata dan kelopak mata. Hama ini dikenali sebagai Demodex, dan hampir setiap orang dewasa memilikinya. Saiznya yang sangat kecil sehingga tidak dapat dilihat tanpa mikroskop, dan dalam...
Baca Lagi