No products in the cart.

Kategori: Health BM

Menepis Mitos Produk Tembakau ‘Heat-Not-Burn

Sebagai maklum balas kepada kenyataan media terkini syarikat tembakau Philip Morris (M) Sdn. Bhd. (PMM), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin mematahkan dakwaan tersebut. Dalam kenyataan pembukaannya, PMM menyebut “kami ingin menegaskan bahawa produk bebas asap keluaran kami adalah bertujuan untuk memberikan pilihan yang lebih baik kepada perokok dewasa yang tidak mampu atau tidak mahu...
Baca Lagi

PEROKOK: 1 JUTA BAWAH USIA 10 TAHUN, MAJORITI 4.7 JUTA MULA MEROKOK SEBELUM USIA 18 TAHUN

CAP Menyokong Sepenuhnya Pengharaman Penjualan Rokok dan Merokok Di Tempat Maka Lebih daripada satu juta perokok di Malaysia berusia bawah 10 tahun dan mereka menghembuskan kira-kira 4,000 bahan kimia berbahaya dan bersifat kanser yang terdapat dalam tembakau. Kebanyakan daripada 4.7 juta perokok di negara ini mula merokok sebelum usia 18 tahun, menurut Kementerian Kesihatan. Lebih 60 bahan...
Baca Lagi

Wartakan undang-undang untuk menyingkirkan plumbum dalam cat – CAP

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf 21-27 Oktober 2018 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa (ILPPW) dan kebimbangan utamanya adalah  pendedahan kepada plumbum melemahkan daya intelektual kanak-kanak. Pada tahun ini WHO menyeru kerajaan, ahli akademi, industri dan masyarakat umum agar membentuk undang-undang khusus bagi menyingkirkan plumbum dalam cat....
Baca Lagi

JUS KESIHATAN BERACUN DI PASARAN

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan baru-baru ini mengumumkan bahawa tiga jenis Jus Al Sunnah oleh Sri Saga Marketing (Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Al Sunnah Penawar) telah diharamkan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat kecewa kerana baru sekarang melakukannya dan ini jelas menunjukkan sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan kesihatan orang ramai. Terdapat begitu...
Baca Lagi

Salurkan Hasil dari Cukai Soda ke arah Promosi Kesihatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyokong sepenuhnya pertimbangan kerajaan untuk mewujudkan cukai soda dalam usaha mengurangkan pengambilan minuman manis demi menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan rakyat. Namun agar konsisten ke arah ini, harga gula tidak seharusnya diturunkan atau subsidi gula tidak seharusnya diperkenalkan semula. Cukai soda perlu dilaksanakan ke atas semua jenis...
Baca Lagi

CAP Gesa Berhati-Hati Dalam Menaikkan Yuran Perubatan

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan melaksanakan dengan berhati-hati dalam menaikkan yuran perubatan. Pengguna kini dibebani dengan pelbagai kos sara hidup dan sebarang peningkatan mendadak dalam yuran perubatan akan menghalang pengguna daripada mendapatkan rawatan perubatan yang kemudiannya mungkin membawa kepada kesan kesihatan yang lebih teruk. Sebarang...
Baca Lagi

Pemberian Ubatan Percuma Hanya Pada Nama 

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan tindakan Kementerian Kesihatan meneliti Skim Akses Pesakit bagi memastikan ia selaras dengan piawaian audit dan pemerolehan  yang sempurna. Mengikut skim itu, ubatan diberikan secara percuma apabila ubatan dibeli dalam jumlah  tertentu. Pada dasarnya, ini ‘bukanlah percuma’ dan tidak boleh dianggap sebagai program akses kerana untuk...
Baca Lagi

ULASAN CAP SEIKHLAS HATI MENGENAI MEROKOK

Sempena dengan deklarasi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa tema untuk Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) pada 31 Mei ialah “Tembakau dan Penyakit Jantung”, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) sekali lagi menggesa orang ramai supaya berhenti merokok. Bagi yang tidak merokok, jangan biarkan diri anda dipengaruhi dengan tabiat yang menagihkan itu. Ia tidak berguna sama sekali. Merokok...
Baca Lagi

Haramkan Penyegar Udara dan Pewangi  Di Tempat Awam – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar memperkenalkan undang-undang yang mengharamkan penggunaan pewangi di tempat awam memandangkan ia boleh membahayakan kesihatan. Pengharaman tersebut turut termasuk penyegar udara dan minyak wangi. Berikutan iklan yang menggalakkan persekitaran yang berbau harum sebagai bersih dan menyihatkan, penyegar udara sering digunakan di...
Baca Lagi

Haramkan plumbum dalam produk untuk membendung keracunannya – CAP

Plumbum merupakan bahan toksik kumulatif yang boleh menjejaskan pelbagai sistem dalam tubuh. Ia khususnya beracun kepada kanak-kanak, wanita hamil dan mereka yang terdedah kepadanya. Di antara beberapa kesan akibat pendedahan kepada bahan ini termasuklah kesukaran untuk belajar, semakin enggan bergaul dengan orang lain, kesuburan menurun dan meningkatkan risiko masalah ginjal serta penyakit...
Baca Lagi