No products in the cart.

Bulan: Jun 2019

SIASAT MASALAH PENCEMARAN SUNGAI KELUANG, PULAU PINANG

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiasat segera cecair berbuih putih yang mencemarkan Sungai Keluang dekat zon perindustrian Bayan Lepas ketika ini. CAP merasa bimbang dengan kejadian tersebut dan jika ia mengandungi bahan kimia berbahaya masalah pencemaran ini boleh mengancam alam sekitar, sumber pendapatan...
Baca Lagi

Pencemaran Bahan Kimia di Pasir Gudang – Gesa Suruhanjaya Siasatan Diraja Ditubuhkan

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCE) untuk menyiasat kejadian pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang, Johor yang mengakibatkan lebih daripada 100 pelajar daripada lebih 30 buah sekolah jatuh sakit. Menurut laporan berita, Kementerian Pendidikan telah menutup 475 institusi pendidikan untuk membolehkan pihak berkuasa menangani...
Baca Lagi

Kegagalan FGV – Tiba Masanya Pemegang Saham Memainkan Peranan Aktif

Perbelanjaan yang cekap oleh entiti berkaitan kerajaan amat penting dalam keadaan hutang yang besar yang kini sedang dihadapi oleh negara. Ini bermakna memperolehi bayaran oleh pengarah melalui bayaran yang tidak cekap (contohnya yuran pengarah, manfaat dan faedah) perlu dipersoalkan secara aktif dan ditadbir dengan baik. Langkah tegas oleh pemegang saham FGV dalam mengundi membantah yuran...
Baca Lagi

Perkenal Semula Cukai Pewarisan dan Sesuaikan Cukai Tertentu yang Sedia Ada Untuk Membantu Merapatkan Jurang Antara yang Kaya dan Miskin

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) terkejut dengan pengumuman awal oleh Menteri Kewangan malah sebelum dialog belanjawan yang dijadualkan pada 27 Jun 2019, bahawa cukai pewarisan tidak akan dilaksanakan. Ini hanya akan menyumbang kepada ketaksamaan yang lebih buruk antara mereka yang kaya dan miskin. Banyak kerajaan diketahui menangani masalah ini dan mengambil langkah untuk mengenakan cukai...
Baca Lagi

Pihak Berkuasa Mesti Memeriksa dan Memantau Semua Kerja Di Cerun

Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA) amat terkejut dan bimbang dengan satu lagi tragedi yang berlaku di kawasan Tanjung Bungah berdekatan Hotel Lost Paradise yang meragut empat nyawa. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyatakan dalam kenyataan akhbarnya bahawa tragedi yang berlaku itu adalah akibat daripada tembok penahan yang sedang dalam pembinaan di...
Baca Lagi

Situasi Rumah Jagaan Orang Tua

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat terkejut dengan berita bahawa orang tua dalam rumah jagaan di Seremban, Negeri Sembilan didakwa didera secara sistematik dan berterusan. Pekerja di situ mendakwa orang tua dipaksa minum air kencing, memakan cili dan diberikan lebih banyak ubat tidur berbanding daripada apa yang ditentukan. Mereka yang bertanggungjawab terhadap tindakan yang kejam ini...
Baca Lagi

Tindakan Segera Perlu Dilakukan Bagi Membersihkan Kualiti Alam Sekitar Yang Buruk Di Pasir Gudang, Johor

Sahabat Alam Malaysia (SAM) begitu bimbang dengan satu lagi insiden kesihatan pelajar sekolah di Pasir Gudang, Johor yang berada dalam bahaya. Kami merujuk kepada laporan media mengenai 15 pelajar dari Sekolah Agama Taman Mawar di Pasir Gudang yang dibawa ke hospital berdekatan kerana mengalami kesukaran bernafas dan muntah pada hari Khamis. Menurut laporan akhbar, pelajar itu mengalami simptom...
Baca Lagi

CAP DAN PENDUDUK BANTAH PENCEMARAN DARI KILANG  SISA PLASTIK DI SUNGAI PETANI, KEDAH

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan penduduk-penduduk yang tinggal berhampiran kawasan perindustrian di Sungai Petani,Daerah Kuala Muda, Kedah membantah tindakan pengusaha kilang sisa plastik termasuk yang beroperasi secara haram kerana menyebabkan berlakunya pencemaran udara yang serius sejak setahun lalu. Berikutan kejadian itu CAP telah menghantar surat bersama 3300 tandatangan...
Baca Lagi

Bekukan Sebarang Kenaikan Dalam Harga Simen

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya membekukan dengan segera dan menghentikan pengeluar simen daripada menaikkan harga simen. Simen disenaraikan sebagai “barangan kawalan berjadual” dalam laman sesawang KPDNHEP pada 2019. Bagaimanapun, menurut laporan berita pada 2008, Menteri Kerja Raya ketika itu, Datuk...
Baca Lagi

Akta Kredit Pengguna Sudah Lama Ditunggu

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan kenyataan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, bahawa Akta Kredit Pengguna akhirnya boleh menjadi sebahagian daripada perundangan Malaysia kita bermula pada tahun hadapan. CAP sudah lama memperjuangkan pelaksanaan Akta Kredit Pengguna yang lebih lengkap sejak dua dekad yang lalu. Pada 2004, CAP menerbitkan...
Baca Lagi