No products in the cart.

Bulan: Jun 2020

Kerajaan Malaysia Digesa Larang Eksport Pasir

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Malaysia mengenakan larangan ke atas pengeksportan pasir dan menarik balik AP (approved permit) untuk pengeksportan pasir sungai. Gesaan CAP adalah lanjutan daripada laporan media bahawa Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah mengeluarkan 11 AP untuk mengeksport pasir sungai. Ianya dilaporkan bahawa pemegang AP dibenarkan mengeksport...
Baca Lagi

Bolehkah kita sihat sambil menjimatkan wang?

Ia bukan saja tidak mustahil malah lebih sihat. Adalah benar makanan yang baik lebih murah kerana makanan proses boleh menjadi mahal. Makanan asli dan segar juga lebih berkhasiat. Ia juga tidak mempunyai bahan penambah makanan yang ditambah bukan untuk dimakan, tetapi untuk jangka hayat yang lebih panjang; menggantikan warna dan perisa yang hilang; dan memenuhi keperluan lain industri makanan....
Baca Lagi

Produk makanan proses mengandungi natrium jauh lebih tinggi berbanding makanan semula jadi.

Kentang goreng mengandungi 7.5 kali lebih natrium berbanding kentang segar (ubi kentang). Minuman jus tomato dalam tin mengandungi hampir 6 kali lebih natrium berbanding tomato. Daging yang disediakan di kedai makanan segera (ayam goreng) mempunyai 3 kali natrium berbanding daging segar. Terlalu banyak natrium tidak baik untuk kesihatan kita. Ia menyebabkan strok, tekanan darah tinggi, masalah...
Baca Lagi

Pemakai tali leher menekan vena mereka dan menghasilkan tekanan yang tidak sihat.

Penyelidik dari University Hospital Schleswig-Holstein Jerman berkata ia mungkin menyebabkan masalah bagi kumpulan yang sudah pun berisiko akibat masalah tekanan darah seperti perokok dan orang tua. Aliran darah serebrum, bekalan darah ke otak, didapati jatuh kepada purata 7.5 peratus dalam kalangan lelaki yang memakai tali leher, dengan tiada kejatuhan dilaporkan dalam kumpulan kawalan....
Baca Lagi

Bagaimana menentukan kesegaran ikan

MATA: Menonjol keluar dan tidak keruh, merah dan tenggelam. INSANG: Berwarna merah terang dan tidak berlendir atau gelap. SISIK: Melekat dengan kuat pada kulit. USUS: Melekat dengan kuat pada tulang dan tidak berubah warna. TUBUH: Mempunyai tekstur yang anjal dan kuat apabila dicucuk. KULIT: Cerah dan berkilat dengan bercahaya, kilauan basah dan tidak kusam dan kering. BAU: Bau seperti aroma...
Baca Lagi

Sisa antibiotik dalam daging

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa pada 2017 kira-kira 80% antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang. Lebih banyak antibiotik digunakan pada haiwan berbanding manusia. Antibiotik digunakan ke atas ternakan ladang sebagai mencepatkan pembesarannya, untuk mencegah wabak penyakit dan untuk merawat haiwan yang sakit. Penyalahgunaan antibiotik dalam ternakan ladang dikatakan...
Baca Lagi

Kekebalan Antibiotik Membunuh

Menurut semakan Kerajaan UK mengenai kekebalan antimikrob pada 2014 mendapati jika dibiarkan tanpa dirawat, kekebalan kepada antibiotik boleh menyebabkan 10 juta kematian setahun di seluruh dunia menjelang 2050 — menelan kos sekitar $1.3 trilion. Setiap tahun kira-kira 700,000 penduduk di seluruh dunia mati akibat jangkitan yang kebal kepada ubat. Jangkitan ini membunuh kerana jangkitan ini...
Baca Lagi

Bagaimana TIDUR Menjejaskan Kreativiti

Dalam satu kertas kerja yang diterbitkan di dalam jurnal Sleep, penyelidik British James Horne, melaporkan bahawa tidak tidur semalaman pun boleh menjejaskan daya pemikiran paling kreatif atau pemikiran terpesong, yang membabitkan keadaan spontan, fleksibel dan semula jadi. Jenis pemikiran sebegini digunakan dalam kegiatan kreatif seperti menulis atau melukis, dan diperlukan untuk bertindak...
Baca Lagi

Limau Bali: Lazat dan Berkhasiat

Ramai orang mengambil oren untuk Vitamin C. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat buah tempatan yang boleh menjadi pengganti bagi oren? Ia adalah limau bali, buahnya berbentuk bulat dengan kulit yang kasar serta berwarna hijau pucat atau kuning. Dikenali sebagai limau abung, bali, gedang dalam kalangan orang Melayu, limau bali mengandungi kira-kira 45 mg Vitamin C bagi setiap 100 g bahagian yang...
Baca Lagi

Harga Ayam Melambung Tinggi

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat terkejut oleh hakikat bahawa harga runcit ayam meningkat kepada antara RM9 dan RM11 sekilogram pada minggu ketiga Jun. Ia meningkat antara RM1.50 hingga RM3.50 dalam tempoh seminggu. Kami menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk bertindak segera kerana ayam adalah sumber penting daging putih yang...
Baca Lagi