No products in the cart.

Bulan: April 2021

Anggaplah Setiap Hari Sebagai Hari Bumi

Hari ini 22 April kita menyambut Hari Bumi di mana ia merupakan hari untuk memperingati Bumi dan bagaimana kita memperlakukannya selama ini. Cuma sehari dalam setahun sememangnya tidak memadai untuk mengingati Bumi jika kita benar-benar ingin menyelamatkannya. Kita mesti mengingatinya setiap hari, dengan mengutamakan kepentingan alam sekitar dan ekologi ketika membuat sesuatu keputusan, jika...
Baca Lagi

CAP gesa masalah bekalan benih padi Petani MADA ditangani segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) campur tangan bagi mengatasi masalah kelewatan pengedaran benih padi yang dihadapi oleh petani-petani di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) ketika ini. Mengulas laporan akhbar tempatan hari ini (Berita Harian, 21 April 2021) bertajuk ‘Jelapang Padi Negara Berdepan Masalah Benih’, CAP...
Baca Lagi

Kenyataan pahit tentang ‘sifar bersih’ pelepasan karbon

Dalam wacana perubahan iklim di peringkat antarabangsa, cita-cita beberapa negara untuk mencapai pengurangan kadar sifar bersih pelepasan karbon (net zero) menjelang 2050, telah digembar-gemburkan sebagai sebuah azam yang besar. Malah, kelihatannya pegawai tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, iaitu Setiausaha Agungnya sendiri, Antonio Guterres, turut berpendapat sedemikian rupa. Oleh itu,...
Baca Lagi

Kehidupan 2,000 penduduk Kupang terjejas angkara Projek Durian Musang King

Lebih 2,000 penduduk di tujuh buah kampung di Kupang daerah Baling, Kedah gelisah dan bimbang kerana sumber bekalan air masyarakat kegunaan mereka dicemari sisa lumpur dari kawasan projek durian musang king berhampiran. Masalah yang serius berlaku sejak dua tahun yang lalu ini turut mencemarkan air sungai Kupang dan mengancam tanah sawah di kawasan berkenaan. Antara kampung-kampung yang terlibat...
Baca Lagi

Tiga Tahun Memang Wajar

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) ingin memberikan respons kepada surat oleh Y. S. Chan yang disiarkan dalam New Straits Times pada 4 April 2021 bertajuk “Fine-tune Consumer Protection Act”. Terdapat beberapa perkara yang kami mesti bantah. Pertama beliau menyatakan bahawa adalah tidak adil bagi agensi pelancongan memastikan pelanggan mereka gembira tiga tahun selepas melancong. Beliau...
Baca Lagi

CAP KESAL SUMBER PERIKANAN NEGARA TERUS DIROMPAK NELAYAN ASING

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mempertingkatkan usaha bagi mencegah aktiviti pencerobohan nelayan asing ke perairan negara ini. Langkah sedemikian perlu dilakukan segera bukan saja bagi mengawal sumber perikanan di perairan negara ini dicuri oleh nelayan asing tetapi juga untuk meningkatkan hasil pendapatan...
Baca Lagi

Adakah Malaysia Tempat Pembuangan Bagi Barangan Elektrik Tidak Terkawal

Tiga puluh empat kategori produk elektrik isi rumah dikawal oleh Suruhanjaya Tenaga dan oleh sebab itu ia menjadi satu mandatori bagi produk ini meletakkan label SIRIM. Bagaimanapun, daripada tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini, didapati peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan tegas. Apabila sesuatu produk itu mempunyai label SIRIM ia bermakna...
Baca Lagi

Kenapa i-Sinar salah dan kenapa pencarum KWSP tidak seharusnya dilayan seperti ‘penyelamat’ 

Dilaporkan di dalam media bahawa pengeluaran i-Sinar daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan “kesan positif segera ke atas ekonomi sebenar kerana ia menyokong penggunaan domestik”. Ekonomi seharusnya dirangsang melalui pelaburan dalam bidang yang telah diabaikan seperti pertanian, penjagaan kesihatan, penjagaan orang tua dan tidak melalui penggunaan simpanan KWSP...
Baca Lagi

CAP gesa Jabatan Perikanan siasat masalah ‘Ikan Rakyat’ di pasaran

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan agensi berkaitan menyiasat dakwaan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bahawa berlaku kekurangan ikan kembung dan peranan orang tengah menyebabkan makanan rakyat itu meningkat harganya di pasaran antara RM18.00 hingga RM22.00 sekilogram. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCC Iskandar Ismail, berikutan masalah tersebut...
Baca Lagi

Atasi segera masalah hakisan tebing Sungai Kerian

Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pulau Pinang mengambil langkah-langkah awal dengan segera untuk mencegah hakisan tebing Sungai Kerian sebelum ia menjadi lebih buruk. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan oleh SAM, kami mendapati hakisan tebing Sungai Kerian perlu diberikan perhatian yang serius memandangkan terdapat banyak struktur tebing yang semakin...
Baca Lagi