No products in the cart.

Bulan: Mei 2022

Orang yang berhenti merokok bukan orang yang rugi, mereka hanya membuang puntung rokok sahaja

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD), Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut menyertai negara lain di dunia dalam menyambut Hari Tanpa Tembakau Sedunia (WNTD) yang jatuh pada 31 Mei 2022. Tema WNTD untuk tahun ini ialah “Tembakau: Ancaman kepada alam sekitar kita". Puntung rokok adalah sampah yang paling biasa yang sering tidak disedari dan ia dibuang merata-rata seperti di jalan...
Baca Lagi

Kerajaan perlu tetapkan harga siling yang berpatutan bagi tambang perjalanan e-hailing

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak perbincangan mengenai kenaikan harga tambang Grab dan sistem lonjakan harganya. Banyak kumpulan pengguna menyeru agar kerajaan melakukan sesuatu untuk mengawal kenaikan harga terlalu tinggi yang dikenakan oleh Grab kepada pelanggan mereka. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) turut menyuarakan gesaan ini. Bagi kebanyakan orang tanpa pengangkutan sendiri,...
Baca Lagi

Terburu-buru ke ‘kredit karbon hutan’ tidak akan membantu menangani perubahan iklim

Ini adalah maklum balas kepada pindaan terbaharu kerajaan Sarawak terhadap Kanun Tanah  dan Ordinan Hutan terutamanya berkenaan tindak balas untuk menangani perubahan iklim. Kita sememangnya memahami keperluan kerajaan Sarawak untuk membuat peruntukan bagi mengawal selia penggunaan tanah sama ada di darat atau di luar pesisir bagi tujuan penyimpanan karbon oleh syarikat minyak dan gas di negeri...
Baca Lagi

Malaysia perlu berkata ‘TIDAK’ kepada Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF)

  Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang dengan pengumuman oleh  Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Mohamed Azmin Ali bahawa Malaysia akan menyertai perjanjian ekonomi baharu yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS). Pentadbiran Biden telah mengumumkan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF - Indo-Pacific Economic Framework) yang dicadangkan...
Baca Lagi

Isu keselamatan makanan kini hantui Malaysia

Walaupun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan larangan eksport ayam mulai 1 Jun, kami kesal kerana amaran terdahulu kami kepada pihak berkuasa mengenai bahaya akan jaminan keselamatan makanan didengar. Kegagalan untuk merombak keseluruhan dasar pertanian yang merangkumi semakan menyeluruh ke atas rantaian pengeluaran dan pengedaran makanan yang bertanggungjawab terhadap krisis...
Baca Lagi

IPEF Akan Menjejaskan MALAYSIA

Semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ke Jepun baru-baru ini, Rumah Putih (White House) telah mengumumkan bahawa beberapa negara akan mengambil bahagian dalam cadangan perbincangan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang dilancarkan pada 23 Mei. Negara itu termasuklah AS, Australia, Brunei, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura,...
Baca Lagi

SAM terperanjat bahawa EIA untuk perlombongan Lanthanide diluluskan di Kawasan Sensitif Alam Sekitar

SAM amat terperanjat apabila mendengar berita berkenaan dengan kelulusan pada minggu lepas, laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi cadangan projek perlombongan nadir bumi lanthanide di Hulu Perak, yang mana sebelum ini laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaporkan bahawa laporan EIA tersebut telah pun ditolak. Menurut laporan EIA yang kini telah...
Baca Lagi

VAKSIN COVID-19: Jangan Dikenakan Bayaran Berlebihan

Jika anda berfikir untuk mendapatkan vaksin CoronaVac atau Covilo Covid-19 dalam persekitaran persendirian, ketahui kosnya. Kerajaan telah mewartakan harga siling bagi 2 vaksin ini. Berdasarkan pekeliling yang diterima oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), harganya adalah seperti berikut: > CoronaVac – maksimum RM62 pada...
Baca Lagi

Perkenalkan sistem kad subsidi elektronik untuk subsidi bahan api

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan pengumuman kerajaan mengenai rancangan untuk melaksanakan subsidi bahan api bersasar bagi mereka dalam kumpulan Bawah 40 (B40). Kami menggesa kerajaan mempercepatkan pelaksanaannya kerana perang di Ukraine tidak mungkin akan berakhir tidak lama lagi dan bertentangan dengan apa yang mungkin difikirkan oleh sesetengah pengguna, subsidi datang...
Baca Lagi

Kumpulan masyarakat sivil suarakan sokongan kepada penduduk Sungai Ara dalam kes bantahan projek Sunway Hills di kawasan bukit sensitif alam sekitar

Beberapa pertubuhan masyarakat sivil di Pulau Pinang bersatu dalam menunjukkan sokongan dan solidariti kepada penduduk Sungai Ara, yang telah menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, dalam perjuangan mereka menentang projek Sunway City di kawasan tanah bukit yang sensitif alam sekitar. Perbicaraan Mahkamah Persekutuan akan berlangsung pada 25 dan 26 Mei 2022 dan merupakan kes kepentingan awam...
Baca Lagi