No products in the cart.

Kategori: Environment BM

CAP gesa jambatan runtuh di Yan dibaiki segera

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Negeri Kedah memberi perhatian serius serta mengambil tindakan segera membaiki jambatan yang runtuh di Kampung Setol dan Kampung Pauh daerah Yan akibat ancaman kepala air dari Gunung Jerai yang berlaku dua bulan lalu. Masalah yang melibatkan lebih 500 penduduk di kedua-dua kampung berkenaan bukan saja menjejaskan aktiviti harian mereka...
Baca Lagi

Belanjawan 2022 Mesti Mengutamakan Kemampanan Dalam Pemulihan Ekonomi

Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) telah menekankan tindakan ‘melonjakkan kemampanan’ sebagai sebuah tujahan yang penting  di dalam trajektori pembangunan negara kita, yang mana ini termasuklah tindakan memajukan konsep ekonomi kitaran, memilih pembangunan yang ren­dah karbon dan mempertingkatkan daya ketahanan negara dalam menangani perubahan iklim dan bencana. Semua ini adalah aspirasi...
Baca Lagi

AGROEKOLOGI BERI LALUAN UNTUK PENDEBUNGA

Esei oleh Kuganesh Ravientheran (Pelatih CAP) Pada hakikatnya manusia tidak akan dapat bertahan, dan ekosistem Bumi akan musnah jika kita tidak mempunyai pendebunga. Oleh itu, pendebungaan bukan sekadar sejarah yang menarik. Ia adalah fungsi penting bagi setiap bahagian kitaran ekologi dunia. Tiga perempat daripada tumbuhan berbunga dunia dan 35% tanaman lain membiak dan dapat tumbuh melalui...
Baca Lagi

Perlunya mendapatkan fakta yang tepat tentang Perjanjian Paris

Sempena Hari Malaysia pada 16 September yang lalu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengadakan sebuah webinar awam tentang perubahan iklim. Webinar tersebut telah membincangkan banyak maklumat yang baik mengenai perubahan iklim yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia. Ketua panel penceramah ialah Ketua Setiausaha Kementerian sendiri, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. Walaupun...
Baca Lagi

GARBOLOGI – Hubungan Cinta Kita yang Kotor dengan Sampah

"Apakah eksport terbesar Amerika, produk paling hebat dan warisan terbesar – perkara  terbesar yang kita buat? Sampah kita. Orang Amerika membuat lebih banyak sampah daripada orang lain di planet ini, membuang kira-kira 7.1 paun setiap orang sehari, 365 hari setahun. Sepanjang hayat bermakna kadar ini secara purata, kita masing-masing berada di landasan untuk menghasilkan 102 tan sampah....
Baca Lagi

Gubal Undang-undang Persekutuan untuk Perlindungan Sumber Air

Sungai kita semakin menuju ke arah kematian akibat aktiviti manusia. Sepuluh hari yang lepas gangguan bekalan air kepada 463 kawasan di Selangor akibat pencemaran Sungai Semenyih. Terputus bekalan air telah menjadi satu endemik di Selangor walaupun berjuta ringgit dibelanjakan untuk laporan oleh pakar dalam menambah baik sumber air dan pengurusan serta tadbir urus dalam perkhidmatan penyampaian...
Baca Lagi

Atasi segera masalah pencerobohan hutan simpan di Kedah – CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kerajaan Kedah dan Jabatan Perhutanan mengambil tindakan tegas bagi mengatasi masalah pencerobohan hutan simpan di negeri itu yang serius berlaku ketika ini. CAP kesal dan bimbang dengan kejadian tersebut kerana ia bukan saja memusnahkan biodiversiti kawasan hutan yang terlibat tetapi juga boleh mencetuskan bencana alam dan menjejaskan kehidupan...
Baca Lagi

Gunakan Pendekatan Serampang Dua Mata untuk Hijaukan Negara

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengalu-alukan Kempen Menanam 100 Juta Pokok 2021-2025 oleh kerajaan sebagai langkah untuk menghijaukan negara ini tetapi ia perlu memastikan bahawa usaha ini tidak diberikan kepada mana-mana syarikat swasta dalam mengendalikannya. Kempen ini seharusnya mengupayakan orang ramai untuk terlibat dalam menanam pokok di bawah penyeliaan Jabatan Perhutanan. Dengan...
Baca Lagi

Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) adalah sangat tidak bertanggungjawab

Hanya beberapa jam yang lalu, SAM mendapat tahu bahawa kerajaan negeri Selangor akan menyahwartakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), salah satu hutan gambut yang terakhir di selatan Selangor, semata-mata untuk memberi laluan kepada pembangunan komersial. Kami sangat marah dengan perkara ini. Keputusan kerajaan negeri Selangor ini adalah sangat tidak bertanggungjawab, terutamanya pada...
Baca Lagi

Kejayaan di COP26 memerlukan tindakan segera terhadap perubahan iklim – bukan janji palsu

Sahabat Alam Malaysia (SAM) merujuk kepada surat Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, H. E Charles Hay (diterbitkan pada 24 Ogos) bertajuk “Bekerjasama dalam menangani krisis iklim”. Kami bersetuju dengan duta itu bahawa kerajaan-kerajaan “hanya dapat mengatasi cabaran krisis iklim dengan bekerjasama dan melalui komitmen untuk transformasi global yang tulen". Bagaimanapun, setelah...
Baca Lagi