Sahabat Ulu Muda (FoUM) menyerahkan sepucuk surat kepada Menteri Besar Kedah, Ketua Menteri Pulau Pinang, dan satu salinan kepada Perdana Menteri Malaysia. Surat itu disokong oleh 13 ahli FoUM dan 34 pertubuhan lain, kesemuanya berjumlah 47 kumpulan. Muat turun surat itu di sini
Kira-kira 200 nelayan pantai di Kampung Permatang Tepi Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang terjejas sumber pendapatan berikutan masalah pencemaran air kumbahan dan sampah-sarap yang dihadapi mereka sejak beberapa tahun lalu. Dalam tinjauan yang dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati kejadian ini telah menyebabkan air sungai di kampung itu keruh, berkelodak dan berbau busuk....
Sahabat Alam Malaysia (SAM) memuji Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) kerana begitu teliti dalam memeriksa penghantaran yang disyaki sisa plastik dari Amerika Syarikat. Walaupun begitu, negara pengeksport khususnya negara maju seperti Amerika Syarikat tidak sepatutnya mengeksport sisa, bertanggungjawab terhadap sisa mereka sendiri dan kitar semula sisa yang dijana di negara mereka...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Perikanan dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil tindakan lebih berkesan bagi mencegah aktiviti pencerobohan bot pukat tunda yang dihadapi oleh lebih 500 nelayan pantai di Pulau Betong dan Gertak Sanggul, Pulau Pinang ketika ini. Masalah yang berlarutan sejak 40 tahun yang lalu itu masih berlaku walau pun sudah banyak...
Satu lagi insiden tragik berlaku di projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE). Tiga pekerja pembinaan mati dan pengguna jalan raya cedera apabila kren gantri terbalik dan jatuh ke bawah. Perlu diingatkan bahawa hanya tiga minggu yang lepas sebahagian lebuh raya SUKE yang masih dalam pembinaan runtuh dan membunuh dua orang disebabkan kemalangan jalan raya yang melibatkan...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang menyiasat dan mengambil tindakan segera punca kejadian pencemaran sisa lumpur yang mengancam projek ternakan kerang di Kuala Juru daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di sini. Tinjauan CAP mendapati pencemaran tersebut telah menyebabkan 15 pengusaha...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa agar menjalankan siasatan ke atas semua ladang ternakan ayam bagi mengesan pencemaran bakteria salmonella. Langkah ini perlu diambil berikutan tindakan kali kedua Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik bekalan telur yang diimport dari Malaysia setelah mengesan bakteria salmonella enteritidis(SE) di dalamnya, kali ini dari...
Sempena Hari Hutan Antarabangsa pada 21 Mac, Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyeru agar semua pihak berkuasa negeri di Malaysia meningkatkan komitmen melindungi dan memulih hutan untuk memastikan kemandirian kesemua hidupan, memulihara biodiversiti dan menangani perubahan iklim. Kawasan berhutan di Malaysia boleh dikelaskan kepada beberapa buah kategori dan sub-kategori, berdasarkan perlindungan...
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) dan kerajaan-kerajaan negeri mempertingkatkan usaha serta menambah baik pengurusan air bagi keperluan rakyat di negara ini. Pada masa yang sama CAP turut menyeru orang ramai supaya menghargai air dalam kehidupan mereka dengan mengamalkan sikap berjimat cermat tanpa melakukan pembaziran. Sempena Hari Air...